takut

= ~ akan (pada)
1. gentar (gerun, ngeri) menghadapi sesuatu yang dianggap boleh membahayakan diri:
aku tidak ~ pada anjing itu kerana aku sudah biasa dengannya;

2. berasa segan dan hormat, takwa:
hendaklah kita ~ akan Allah

takuyung

[Brunei];

~ pulas sejenis siput, Potamides cerithium; ~ rimba siput darat;
~ timba sejenis siput, Neritina crepidularia.

takwa

[Arab]

1. ketaatan mengerjakan perintah Allah, kesolehan:
di mukanya kelihatan sinar yang jernih dan tajam, sinar ~ iman yang biasa terbayang di muka orang zahid;

2. takut akan Allah, hidup soleh:
sesungguhnya orang yang paling ~ kepada Allah ialah orang yang benar-benar taat kepada perintah Allah;

bertakwa mempunyai sifat takwa;

ketakwaan perihal takwa.

takwil

[Arab] keterangan (mimpi dan lain-lain), penjelasan, takbir, tafsir:
mereka tidak pernah mengerti akan ~ ceritanya;

mentakwilkan memberi penjelasan, menerangkan, mentafsirkan;

takwilan sesuatu yang ditakwilkan:
mimpi yang memerlukan ~ simbolik.

takziah

peryataan turut bersedih (berdukacita), belasungkawa:
kpada keluarga si mati, kami mengucapkan ~ untuk menyatakan rasa dukacita;

bertakziah turut bersedih (berdukacita), mengunjungi (orang mati):
beribu-ribu orang telah pergi ~ ke rumah si mati.

takzim

amat hormat, penuh hormat dan sopan:
ia menjawab dengan ~nya;

mentakzimkan memberi takzim akan, menghormati, mempermuliakan.

takzir

[Arab] hukuman yang dijatuhkan atas dasar kebijaksanaan hakim kerana tidak terdapat dalam al-Quran dan hadis bertujuan untuk pengajaran;

mentakzirkan menjatuhkan hukuman yang menyimpang daripada hukum yang ditetapkan.