~-takik berbagai-bagai takik.
takar
1. sejenis bekas daripada tembikar (untuk menyimpan cuka, halia, dan lain-lain), buyung, guri;
2. ukuran banyak (gelen, liter, dan lain-lain);
gelas ~ [Indonesia] tabung kaca yang bersenggat-senggat untuk menyukat benda-benda cair (dalam ujian kimia);
setakar [kiasan] sama ukuran, seimbang, sekadar;
menakar
1. menyukat (ubat dan lain-lain) dengan takar, mengukur dengan takar;
2. [kiasan] mengambil semuanya, membolot:
segala belanja yang dikeluarkan oleh isterinya hendak ditakarnya;
takaran
1. alat untuk menakar sesuatu;
2. [kiasan] sesuatu yang menjadi ukuran, kadar;
~ kehidupan perbelanjaan hidup yang mencukupi;
~ sudah hampir penuh sudah tua.
takarir
[Arab] catatan di tepi halaman kitab.
takat I
1. hingga, sampai:
dalamnya sungai itu ~ pinggang sahaja;
2. had atau peringkat (pada sesuatu ukuran);
~ beku = ~ sejuk beku had suhu ketika air dan lain-lain membeku;
~ didih had suhu ketika air dan lain-lain mendidih;
~ embun suhu ketika udara lembap menjadi tepu dan membentuk embun apabila bersentuhan dengan sesuatu permukaan;
~ lebur suhu ketika suatu pepejal mulai lebur;
setakat sampai had, sehingga:
~ ini, perbualan mereka terhenti;
~ manakah hasil yang didapati daripada pengajaran yang telah diberikan?;
bertakat-takat bersenggat-senggat, berperingkat-peringkat:
campuran ini dialirkan melalui satu saluran yang ~.
takat II
[Jawa] tidak lekas atau mudah mati, tahan menderita sakit.
takat III
[Brunei] terumbu.
takau
~ rimba sejenis burung, burung tukang, tukang besi, Eurylaimus javanicus;
~ selawit sejenis burung, burung seluit, Calyptomena viridis.
takbir I
[Arab] kalimah mengagungkan Allah dengan menyebut Allahuakbar berulang kali:
suara ~ berkumandang pada malam raya;
membaca ~ melafazkan Allahuakbar (berulang-ulang);
mengangkat ~ mengangkat kedua-dua belah tangan Allahuakbar;
bertakbir membaca takbir:
suara orang ~ bergemuruh bunyinya;
takbiran puji-pujian kepada Allah dengan bertakbir.
takbir II
[Arab] huraian menjelaskan sesuatu, makna, penafsiran, takwil (biasanya mengenai mimpi):
puaslah ia memikirkan apakah ~ mimpinya itu;
mentakbirkan menerangkan atau menafsirkan erti mimpi, mentakwilkan (mimpi).
takbur
berperasaan tinggi diri (suka menganggap diri sendiri lebih mulia, lebih pandai, lebih cerdik dan sebagainya daripada orang lain), angkuh, bongkak:
ia sangat sombong dan ~ tentang kecantikan dirinya;
Iblis berdendam apabila diusir dari syurga kerana sikap ~ dan bongkaknya yang enggan sujud kepada Adam;
ketakburan perihal takbur.