[Arab] golongan, kaum, suku.
taiga
(Rusia) (Geografi) kawasan hutan pokok tirus yang terletak di antara kawasan tundra dengan kawasan steppe.
taijin
[Cina] pegawai yang mengawasi hal ehwal orang Cina.
taik
(Sunda);
ditaiki dinaiki;
ditaikkan dinaikkan;
naik.
taiko
[Cina] sejenis penyakit kusta.
taikong
tekong I.
taikun
ahli perniagaan yang kaya-raya dan berkuasa:
dia seorang ~ gula dan tepung yang terkenal di wilayah ini.
taiming
[bahasa percakapan] sombong, besar hati:
jangan hendak tunjuk ~ dan keras kepala.
tain
takyin.
taip
mesin ~ mesin papan kekunci untuk menulis huruf, angka, dan sebagainya secara mekanikal;
menaip menulis dengan mesin taip:
tatkala dia ~ itu mulutnya kumat-kamit sedang jarinya menekan satu-satu huruf;
taip-menaip perihal menaip (surat, rencana, dan lain-lain):
mereka telah menganjurkan suatu kelas trengkas dan ~;
menaipkan menaip sesuatu untuk (kerana);
taipan yang ditaip, hasil daripada (perbuatan) menaip:
membetulkan kesilapan-kesilapan ~;
penaipan perihal (perbuatan dan sebagainya) menaip:
satu cetakan hasil ~ hendaklah dikeluarkan untuk semakan;
penaip orang yang menaip.