sesat

1. tidak mengikut jalan yang betul, tersalah (tersilap) jalan:
~ di jalan;

2. [kiasan] tersalah, terkeliru (perbuatan, kepercayaan, dan lain-lain), menyimpang dari jalan yang benar:
lama-kelamaan mereka menjadi ~ lalu menyembah berhala;
~ akal
tidak siuman, gila;
~ barat salah sekali (jalan yang diikuti);
~ fikiran salah pegangan (pendirian, pendapat);
~ lalu mengikut jalan yang salah;
~ langkah
a) melakukan perbuatan yang salah;
b) mendapat bencana (sial) dalam perjalanan;
~ pusat bingung;
~ di hujung jalan, balik ke pangkal jalan (peribahasa) jika tidak boleh dicapai persetujuan dalam sesuatu mesyuarat, hendaklah diselidiki kembali pokok persoalannya;
~ surut, terlangkah kembali (peribahasa) membaiki kesalahan yang telah dilakukan;
kelarai ~ taja (peribahasa) sesuatu kesilapan yang memang salah dari mulanya lagi;

bersesat tersalah jalan yang diikuti, dalam keadaan yang sesat (perjalanan);

menyesatkan
1. menyebabkan jadi sesat (perjalanan), membawa ke jalan yang salah:
permatang yang panjang ini tidak akan ~ perjalanan kita;

2. [kiasan] menjadikan keliru atau tersalah:
hidup tanpa penjelasan dan tanpa mengetahui selok-belok agama yang benar-benar akan ~ semata-mata;

tersesat
1. tersalah jalan yang diikuti:
semenjak suami saya masuk hutan, entah masuk komunis, entah ~ jalan, saya tetap dianggap serong;

2. [kiasan] terpesong daripada kebenaran (fikiran, fahaman, dan lain-lain):
dia mengingatkan kita supaya jangan ~ dan jangan melupakan Tuhan;

kesesatan
1. perihal sesat (perjalanan dan lain-lain):
dalam ~ yang menyesakkan ini, aku masuki beberapa buah rumah dan menanyakan rumah keluarga Van Hogenstra;

2. [kiasan] kekeliruan (berkenaan (dengan) fahaman, pegangan, dan lain-lain), kesilapan:
agama menunjukkan jalan yang benar dan menyelamatkan manusia daripada ~;

penyesatan perbuatan mendatangkan kesesatan:
soal ~ memang sukar diselesaikan.

sesawat

akar ~ sejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar carik puteri, akar puding rimba, daun pakan, gadung samak, selantung, Vitis cinnamomea.

sesawi

sawi-sawi;
seperti suatu biji ~ dalam rumput (peribahasa)
a) orang yang hina sekali;
b) benda kecil yang disembunyikan di tempat yang pelik;

sawi.

sesekat

(Kejuruteraan) alat seperti plat, papan dan sebagainya yang digunakan untuk mengawal atau menyekat aliran udara, cecair atau bunyi melalui salur masuk atau keluar.

sesentuh

Kejuruteraan) alat yang menghubungkan sesuatu pengalir elektrik dengan yang lain (untuk meneruskan pengaliran elektrik).

sesi

1. tempoh (penggal, semester, atau tahun) pengajian di universiti dan lain-lain:
~ pertama bermula pada bulan Jun;

2. suatu jangka masa berlangsungnya atau berlakunya sesuatu aktiviti:
~ temu duga;

3. perjumpaan sekumpulan pegawai (mahkamah, parlimen, dan sebagainya) untuk sesuatu tujuan, sidang:
~ parlimen.

sesia

tidak mendatangkan apa-apa hasil atau faedah, tidak ada gunanya, sia-sia:
usahanya untuk menjayakan projek itu ~ sahaja;

mensesiakan mensia-siakan:
janganlah kamu ~ peluang untuk melanjuntukan pelajaran ini;

kesesiaan perihal (keadaan, sifat dan sebagainya) sesia:
berilah aku kesempatan yang panjang untuk menebus ~ hidupku.