serut

[Jakarta] ketam (kayu);

menyerut melicinkan kayu, mengetam;

serutan = tahi ~ tahi ketam, tatal (daripada barang yang diserut).

servis

1. hantaran (pukulan atau tamparan) pertama bola dalam permainan badminton, tenis, skuasy, dan sebagainya;

2. [bahasa percakapan] khidmat, perkhidmatan:
~ mereka akan ditamatkan tidak berapa lama lagi;

3. tindakan memeriksa, mencuci, memperbaiki, menyenggara dan sebagainya sesebuah jentera, kereta, dan sebagainya supaya dapat beroperasi dengan baik dan selamat:
pusat ~ kereta;
syarikat itu akan memberikan ~ percuma untuk ~ pertama bagi kereta-kereta yang dibeli daripada syarikatnya;~ kilas
servis yang dilakukan dalam permainan badminton, pingpong dan sebagainya dengan bahagian belakang tangan yang memegang raket atau pemukul menghala ke pemain lawan;
~ kuda teknik hantaran (sepakan) pertama bola dalam permainan sepak takraw dengan menggunakan bahagian atas kaki;

menservis membaiki keadaan sesuatu (seperti perkakas elektrik, jentera, kenderaan, dan sebagainya) dengan mencuci bahagian-bahagiannya (menukar bahagian yang perlu, mengganti minyak, dan sebagainya):
keretanya sudah perlu diservis.

servo

(Kejuruteraan) peranti dalam sistem hidraulik yang menukarkan tekanan hidraulik menjadi pergerakan mekanikal.

ses

sejenis cukai khas yang dikenakan bagi maksud tertentu:
~ penyelidikan dikenakan kepada eksport getah;
pekebun kecil memohon wang ~ tanam semula dikembalikan kepada mereka.