sesah

bersesah ~ bertinju berpukul-pukul atau tinju-meninju (bergaduh dan lain-lain);

menyesah
1. memukul dengan benda yang melenting (rotan dan lain-lain), menyebat, membelasah:
dikejarnya budak itu dan disesahnya;

2. mencuci (pakaian dan lain-lain) dengan membanting-bantingkannya;
bagai ~ kain dapat (peribahasa) memakai barang (biasanya barang pinjaman) dengan sekehendak hati sahaja;
bagai cendawan disesah (peribahasa) perihal pucat lesi (muka dan lain-lain).

sesak

1. tidak lapang (lega, longgar), sempit:
bilik itu ~;

2. terlalu penuh (hingga tidak terluang lagi), tumpat (penumpang dalam kenderaan dan lain-lain):
syahadan maka pelabuhan Singapura pun ~lah dengan kapal;

3. tersumbat atau tersekat (perjalanan nafas dan lain-lain), sendat, senak:
nafasnya ~-~ macam dikejar anjing;

4. susah (kehidupan), sempit:
ia sentiasa mengambil berat akan ~ sukar dan sakit pening sekalian anak buah;
~ dada (nafas)
susah bernafas (kerana sakit, marah, dan lain-lain), mengah-mengah;
~ kencing berasa hendak membuang air kecil;
~ padat = penuh ~ penuh benar (hingga tidak ada ruangan lagi);
~ berundur-undur, hendak lari malu, hendak menghambat tak lalu (peribahasa) perihal orang yang tidak dapat melawan seseorang tetapi kerana malunya dilawannya juga;

bersesak, bersesak-sesak berasak-asak, berhimpit-himpit, bersempit-sempit:
para penonton ramai ~-sesak;
~ bagai ular tidur
(peribahasa) perihal orang yang dalam kesempitan (kerana ditagih hutang dan lain-lain);

menyesak = menyesak-nyesak mengasak, merempuh (di tengah-tengah orang banyak):
mata-mata mencuba menyuraikan orang yang ~ di depan rumah;
orang itu menyeru kepada seorang pemuda yang sedang ~-nyesak dalam orang banyak;

menyesakkan
1. menjadikan sesak (sempit), menyempitkan:
tiada ia ~ tempat kita;

2. meminta dengan sangat (supaya mengerjakan sesuatu dan lain-lain), mendesak:
orang kampung ~ dia agar kahwin seorang lagi;

3. menyendatkan (perjalanan nafas dan lain-lain):
hawa terkurung dan lembap di dalam bilik yang kecil itu ~ hidung mereka;

4. menjadikan susah atau sukar (penghidupan), menyukarkan, menyulitkan:
jangkanya belum ~, ada lagi harta benda yang boleh dijual atau digadai;

tersesak
1. tidak lapang atau tidak lega lagi, terasak, terdesak;

2. dalam kesulitan atau kepayahan:
telur biasanya menjadi lauk tambahan apabila kita ~ hendak menjamu rakan-rakan;
~ hidup
hidup dalam kesukaran;

3. tersekat-sekat (perjalanan nafas dan lain-lain), teresak-esak (kerana menangis), tersedu-sedu:
dia menangis ~-sesak seperti budak-budak;
~ padang ke tebing (ke rimba) = ~ undang kepada yang runcing, tak dapat bertenggang lagi
(peribahasa) habis akal bicara hingga tidak ada daya upaya lagi;

kesesakan
1. perihal sesak, kesempitan, kesukaran;

2. sangat sesak (sukar, sulit, dan lain-lain):
apabila Datuk Bendahara mendengar perkataan kapitan kapal itu, ~lah ia.

sesal

perasaan tidak senang kerana telah melakukan sesuatu yang tidak baik (dosa dan lain-lain), keinsafan telah bersalah:
apabila ia melihat perbuatannya yang kasar itu, ia berasa ~;
~ dahulu pendapatan, ~ kemudian tiada berguna
(peribahasa) sebelum mengerjakan atau melakukan sesuatu hendaklah difikirkan habis-habis;

bersesal = ~ hati =

menyesal;
bersesalan, bersesal-sesalan
salah-menyalahkan;
~ bagai Batak lari (peribahasa) tuduh-menuduh sesama sendiri;

menyesal
1. berasa tidak senang kerana telah melakukan sesuatu kesalahan (kejahatan dan lain-lain), insaf telah bersalah:
kalau rugi jangan ~ nanti;

2. berasa kecewa (akan), berasa tidak senang (akan):
ia tidak ~ atas perbuatannya;

menyesali
1. berasa sesal terhadap:
tidak baik ibu berkata demikian sebagai ~ untung;

2. berasa tidak senang kepada, mempersalahkan:
dia ~ jawatankuasa pengelola yang seakan-akan tidak tahu menjalankan tugasnya;

sesal-menyesali bersesalan;

menyesalkan
1. berasa sesal atau kecewa terhadap sesuatu, menyesali, menyalahkan:
siapa yang hendak disalahkan, siapa yang harus disesalkan, manusia juga yang mengajar manusia jadi begini;

2. menyebabkan jadi menyesal:
perbuatan yang sangat ~ dirinya;

sesalan
1. perasaan sesal, (sesuatu) yang disesalkan:
jikalau datang sesuatu hal di jalan, mati hidup tiadalah kami ketahui, jangan menjadi ~;
air mukanya membayangkan rasa ~nya;

2. penentangan, celaan:
keris inilah kelak akan menebus ~ patik hari ini;

kesesalan perihal sesal, kekesalan:
untuk membuktikan ~ saya itu, saya sudi bekerjasama dengan pemerintah;

penyesalan perihal menyesal(i).

sesalang

sejenis tumbuhan (pokok renek), julung-julung (bukit), meroyan sakat, pokok sebertih, salung(-salung), Psychotria stipulacea.

sesap I

menyesap
1. menghisap air dan lain-lain (burung, binatang, dan lain-lain), menyedut:
lebah ~ madu bunga;

2. menyusu (anak kecil):
budak itu sedang ~;

sesapan = ~ burung bekas tempat minuman burung;

penyesapan perihal menyesap, penghisapan.

sesap II

[Minangkabau] = sesapan ladang atau huma yang telah ditinggalkan;
dikatakan berhuma, lebar sesapan di halaman (peribahasa) kekayaan (keberanian, kegagahan, dan lain-lain) seseorang itu tentulah ada bukti-buktinya (tidak boleh dipercayai khabar sahaja).

sesar

menyesar
1. beralih (sedikit-sedikit), berganjak, bergeser;

2. mendesak supaya beralih (cecair oleh benda padu dan lain-lain);
jangan disesar gunung berlari, hilang kabut tampaklah dia = ke mana gunung disesar hilang kabus tampak juga (peribahasa) sesuatu perkara yang telah tentu itu tidak perlu digopoh-gopohkan sangat (hendaklah sabar mengerjakannya);

menyesarkan
1. mengalihkan, menggeserkan (menguakkan dan menutup seperti kelambu dan lain-lain);

2. mendesak supaya keluar atau bebas;

3. (Kimia) membebaskan sesuatu unsur daripada sebatian kimia (seperti hidrogen daripada asid dan lain-lain);

penyesaran perbuatan menyesar(kan).