1. tidak lapang (lega, longgar), sempit:
bilik itu ~;
2. terlalu penuh (hingga tidak terluang lagi), tumpat (penumpang dalam kenderaan dan lain-lain):
syahadan maka pelabuhan Singapura pun ~lah dengan kapal;
3. tersumbat atau tersekat (perjalanan nafas dan lain-lain), sendat, senak:
nafasnya ~-~ macam dikejar anjing;
4. susah (kehidupan), sempit:
ia sentiasa mengambil berat akan ~ sukar dan sakit pening sekalian anak buah;
~ dada (nafas) susah bernafas (kerana sakit, marah, dan lain-lain), mengah-mengah;
~ kencing berasa hendak membuang air kecil;
~ padat = penuh ~ penuh benar (hingga tidak ada ruangan lagi);
~ berundur-undur, hendak lari malu, hendak menghambat tak lalu (peribahasa) perihal orang yang tidak dapat melawan seseorang tetapi kerana malunya dilawannya juga;
bersesak, bersesak-sesak berasak-asak, berhimpit-himpit, bersempit-sempit:
para penonton ramai ~-sesak;
~ bagai ular tidur (peribahasa) perihal orang yang dalam kesempitan (kerana ditagih hutang dan lain-lain);
menyesak = menyesak-nyesak mengasak, merempuh (di tengah-tengah orang banyak):
mata-mata mencuba menyuraikan orang yang ~ di depan rumah;
orang itu menyeru kepada seorang pemuda yang sedang ~-nyesak dalam orang banyak;
menyesakkan
1. menjadikan sesak (sempit), menyempitkan:
tiada ia ~ tempat kita;
2. meminta dengan sangat (supaya mengerjakan sesuatu dan lain-lain), mendesak:
orang kampung ~ dia agar kahwin seorang lagi;
3. menyendatkan (perjalanan nafas dan lain-lain):
hawa terkurung dan lembap di dalam bilik yang kecil itu ~ hidung mereka;
4. menjadikan susah atau sukar (penghidupan), menyukarkan, menyulitkan:
jangkanya belum ~, ada lagi harta benda yang boleh dijual atau digadai;
tersesak
1. tidak lapang atau tidak lega lagi, terasak, terdesak;
2. dalam kesulitan atau kepayahan:
telur biasanya menjadi lauk tambahan apabila kita ~ hendak menjamu rakan-rakan;
~ hidup hidup dalam kesukaran;
3. tersekat-sekat (perjalanan nafas dan lain-lain), teresak-esak (kerana menangis), tersedu-sedu:
dia menangis ~-sesak seperti budak-budak;
~ padang ke tebing (ke rimba) = ~ undang kepada yang runcing, tak dapat bertenggang lagi (peribahasa) habis akal bicara hingga tidak ada daya upaya lagi;
kesesakan
1. perihal sesak, kesempitan, kesukaran;
2. sangat sesak (sukar, sulit, dan lain-lain):
apabila Datuk Bendahara mendengar perkataan kapitan kapal itu, ~lah ia.