sesium

(Kimia) sejenis unsur logam yang sangat reaktif, mudah terbakar, dan digunakan untuk membuat sel elektrik dan sebagai mangkin.

sesondol

(Kejuruteraan) bahagian yang menonjol keluar dari roda atau aci untuk mengubah pergerakan (dari yang berpusing kepada yang turun naik dan lain-lain).

sesuai

1. padan benar (keadaan, rupa, dan lain-lain), cocok benar:
seluar itu tidak ~ dengan saya kerana terlalu besar;
carilah gadis lain yang lebih ~ untuk dijadikan isteri kamu;

2. berpadanan (dengan), berpatutan (dengan):
bunyi besi itu ~ dengan bunyi piano;

3. setimbal, seimbang, selaras:
hukuman itu telah difikirkan sebagai hukuman yang paling ~ untuk kampung itu;

4. sepakat, sehati, setuju:
~ benar pendapat mereka;

5. serasi (ubat dan lain-lain), cocok benar:
rumput di negeri ini tidak ~ untuk makanan kuda kerana kekurangan zat kalsium;

bersesuaian cocok benar dengan, berpadanan, berpatutan:
saya rasa tugas ini ~ benar untuk kaum wanita;

menyesuaikan menjadikan sesuai, menyelaraskan, memadankan:
bukanlah mudah ~ diri dengan orang-orang di tempat yang baru;
peraturan dan adat istiadat ini akan diubah untuk ~ dengan keadaan dan adat resam di sini;

tersesuai (telah) disesuaikan, menjadi sesuai:
nyatakan dua cara bagaimana katak itu ~ untuk hidup di dalam air;

kesesuaian perihal (keadaan dan sebagainya) sesuai, keselarasan, kesamaan;

ketidaksesuaian perihal (keadaan dan sebagainya) tidak sesuai:
masalah seperti kekurangan bahan bacaan dan ~ bahan bacaan merupakan masalah yang dihadapi oleh negara ini;

berkesesuaian cocok (padan, layak) benar, sesuai;

persesuaian perihal bersesuaian (cocok, sama, dan lain-lain), persamaan, persetujuan:
lelaki itu menarik hatinya kerana ada rasa simpati dan ~ faham;

penyesuaian perihal (perbuatan, proses, dan sebagainya) menyesuaikan, perbuatan menjadikan sesuatu dan sebagainya sesuai (dengan sesuatu yang lain):
bahasa Melayu maju dengan pesat sekali sehingga ~ diri dengan kemajuan itu perlu dilakukan;

penyesuai alat dan lain-lain yang menyesuaikan.

sesuka-suka

dengan) sekehendak hati, (dengan) semahu-mahunya:
pihak yang berkuasa kadang-kadang bertindak ~ mereka;

suka-suka seronok-seronok:
penceburan mereka dalam sesuatu projek bukan sekadar ingin mencuba atau ~;

bersuka = ~ hati = ~ ria bersenang-senang, bergembira;

bersuka-suka bersenang-senang, bergembira, berfoya-foya:
tua muda, gadis, dan teruna, sekaliannya ~;

bersuka-sukaan
1. bersuka-suka:
setelah duduk lalu turun pula memetik bunga mengarang kuntum ~;

2. [bahasa halus] bercinta-cintaan, berseronok-seronok (berkendak dan lain-lain):
dia pun memimpin tangan isterinya masuk ke dalam pelaminan ~;

menyukai
1. menaruh minat (terhadap), suka akan, meminati:
indah itu adalah seni dan kerana itu orang ~nya;

2. gemar akan (makanan), menggemari:
Minah tidak ~ kuih yang berbau minyak sapi atau mentega;

3. menaruh kasih pada, mencintai, menyayangi:
ia disukai gadis-gadis kerana badannya tegap dan sihat serta lawa;

4. menaruh simpati kepada, suka kepada:
parti yang memerintah tidaklah boleh membuang kakitangan kerajaan yang tidak disukai mereka;

menyukakan
1. menjadikan suka, menggembirakan, menggirangkan:
berita itu sudah tentu akan ~ kedua-dua orang tuaku;

2. [bahasa percakapan] menyukai:
ibu tidak memaksa kau beristeri dengan orang yang tidak kausukakan;

sukaan [bahasa percakapan]

1. segala apa yang disukai, sesuatu yang menyukakan;

2. orang yang dikasihi, kekasih, kendak;

kesukaan
1. perihal suka, kegembiraan, kegirangan, kesenangan:
tujuan membaca ialah mencari ~ dan pengetahuan daripada apa yang dibaca;

2. sesuatu yang diminati (digemari), kegemaran:
menggambar itu adalah ~nya;

3. sebagaimana yang disukai, kemahuan:
cara memakai sari itu terpulanglah kepada ~ masing-masing;

4. sesuatu yang disukai (disayangi, dicintai, dikehendaki).