sesat

1. tidak mengikut jalan yang betul, tersalah (tersilap) jalan:
~ di jalan;

2. [kiasan] tersalah, terkeliru (perbuatan, kepercayaan, dan lain-lain), menyimpang dari jalan yang benar:
lama-kelamaan mereka menjadi ~ lalu menyembah berhala;
~ akal
tidak siuman, gila;
~ barat salah sekali (jalan yang diikuti);
~ fikiran salah pegangan (pendirian, pendapat);
~ lalu mengikut jalan yang salah;
~ langkah
a) melakukan perbuatan yang salah;
b) mendapat bencana (sial) dalam perjalanan;
~ pusat bingung;
~ di hujung jalan, balik ke pangkal jalan (peribahasa) jika tidak boleh dicapai persetujuan dalam sesuatu mesyuarat, hendaklah diselidiki kembali pokok persoalannya;
~ surut, terlangkah kembali (peribahasa) membaiki kesalahan yang telah dilakukan;
kelarai ~ taja (peribahasa) sesuatu kesilapan yang memang salah dari mulanya lagi;

bersesat tersalah jalan yang diikuti, dalam keadaan yang sesat (perjalanan);

menyesatkan
1. menyebabkan jadi sesat (perjalanan), membawa ke jalan yang salah:
permatang yang panjang ini tidak akan ~ perjalanan kita;

2. [kiasan] menjadikan keliru atau tersalah:
hidup tanpa penjelasan dan tanpa mengetahui selok-belok agama yang benar-benar akan ~ semata-mata;

tersesat
1. tersalah jalan yang diikuti:
semenjak suami saya masuk hutan, entah masuk komunis, entah ~ jalan, saya tetap dianggap serong;

2. [kiasan] terpesong daripada kebenaran (fikiran, fahaman, dan lain-lain):
dia mengingatkan kita supaya jangan ~ dan jangan melupakan Tuhan;

kesesatan
1. perihal sesat (perjalanan dan lain-lain):
dalam ~ yang menyesakkan ini, aku masuki beberapa buah rumah dan menanyakan rumah keluarga Van Hogenstra;

2. [kiasan] kekeliruan (berkenaan (dengan) fahaman, pegangan, dan lain-lain), kesilapan:
agama menunjukkan jalan yang benar dan menyelamatkan manusia daripada ~;

penyesatan perbuatan mendatangkan kesesatan:
soal ~ memang sukar diselesaikan.

berkongsi