sesuatu yang menyebabkan berlakunya tindak balas (proses dan sebagainya):
~ pendebungaan;
~ kimia;
~ pengoksidaan agen yang mendermakan oksigen kepada unsur atau sebatian lain sewaktu tindak balas kimia;
~ penurunan agen (unsur, sebatian, dan lain-lain) yang menyingkirkan oksigen daripada unsur atau sebatian atau menambahkan hidrogen atau mendermakan elektron kepada unsur atau sebatian lain, sewaktu tindak balas kimia.
agenda
1. susunan perkara yang dikemukakan untuk dibincangkan (dalam mesyuarat):
mesyuarat berjalan lancar kerana ~ tersusun baik;
2. [arkaik] buku catatan.
agensi
1. organisasi perniagaan dan sebagainya yang mengendalikan sesuatu perkhidmatan:
~ pekerjaan;
~ pembantu rumah;
2. pejabat ejen;
3. organisasi pentadbiran kerajaan;
~ pelancongan
badan atau syarikat yang menyediakan perkhidmatan pelancongan tertentu, seperti menguruskan penempahan tiket pengangkutan, memberikan maklumat destinasi percutian dan sebagainya untuk orang ramai yang ingin melancong;
~ penarafan badan yang membuat penilaian tentang kedudukan, keutuhan kewangan dan sebagainya sesebuah syarikat, institusi, atau individu serta memberikan taraf kedudukan tertinggi, sederhana, atau terendah mengikut merit masing-masing.
aghlaf
[Arab]
1. tidak bersunat;
2. kafir.
agih
bahagi, beri;
beragih berbahagi (harta dan lain-lain);
mengagih;
suarang diagih [Negeri Sembilan] harta yang diperoleh selama perkahwinan (kalau bercerai dibahagi dua);
mengagihkan membahagikan, memberikan:
ia ~ rokok buatan luar negeri kepada kami;
mengagih-agihkan membahagi-bahagikan:
di sinilah letaknya keperluan perancangan supaya sumber-sumber yang terhad dapat diagih-agihkan mengikut keutamaan keperluan;
pengagihan perbuatan dan sebagainya mengagihkan, pembahagian:
harta yang diketepikan oleh pemilik itu dipegang dalam bentuk amanah bagi ~ berterusan kepada penerima;
~ kuasa pembahagian dan penentuan (bidang kuasa) kepada golongan-golongan tertentu dan sebagainya;
peragih pembahagian, pemberian:
apa ~ mentua kepada pengantin itu?
agihan
apa yang diagihkan atau dibahagikan:
dari segi ~ tanah tani, sektor tanaman dagangan menguasai sektor pertanian.
aging-aging
sejenis tumbuhan (pokok), ari(ng)-aring, daun dakelin, dawah, keremak jantan (hutan), Eclipta alba.
agitasi
[Indonesia-Belanda] hasutan (supaya memberontak dan lain-lain).
agitator
[Indonesia-Belanda] penghasut, perisau.
aglosia
(Perubatan) ketiadaan lidah sejak lahir.