semadi

= bersemadi
1. mengheningkan cipta dan memusatkan fikiran:
sedang ia bersemadi di gua Hira tiba-tiba datang seorang yang tidak dikenalinya dan memberi salam kepadanya;

2. [kiasan] kekal:
perasaannya sudah masuk ke otaknya dan ~ di situ;
di

semafor

1. sistem memberi isyarat dengan menggunakan tangan, memegang dua bendera yang digerak-gerakkan dan sebagainya dalam kedudukan tertentu untuk melambangkan huruf yang berlainan dalam abjad;

2. alat dengan lampu merah dan hijau yang digunakan untuk memberi isyarat di landasan keretapi.

semah

jamuan makanan dan lain-lain yang diberikan kepada hantu atau orang halus (dengan sesuatu tujuan):
kalau makyung itu akan dimulai, ketuanya akan membuat ~, menanam azimat dan memotong ayam;

bersemah mengadakan upacara semah:
dari sinilah timbulnya adat memuja pantai dan ~;

menyemah menyediakan (menghidangkan) semah untuk hantu atau orang halus, menjamu:
istiadat merenjis tepung tawar atau ~ pantai adalah untuk memujuk penunggu laut;

menyemahkan menyediakan (menghidangkan) sesuatu sebagai semah, mengadakan semah:
aku cadangkan supaya disemahkan dahulu tempat itu sebelum didirikan kelong;

semahan semah;

penyemahan perbuatan dan sebagainya menyemah(kan):
~ kali ini adalah kali terakhir, kerana itulah adat kaumnya.

penyemah
1. semah, semahan;

2. orang yang menyemah.

semai I

benih tumbuhan (yang telah bercambah) yang akan ditanam di tempat lain:
aku mencabut ~ dan ayah membajak di sawah;

menyemai menanam atau menabur benih di tempat yang tertentu (yang akan dipindahkan ke tempat lain):
dialah yang ~, membuang rumput, dan menuai;

menyemaikan
1. menanam atau menabur benih di tempat yang tertentu (dan akan dialih ke tempat lain):
semaikan beberapa biji kacang buncis dalam sebuah pasu tanah;

2. [kiasan] memupukkan, menyebarkan:
~ semangat kebangsaan pada tiap-tiap warganegara;

tersemai
1. telah disemai(kan);

2. [kiasan] telah merebak atau tersebar (sesuatu ideologi dan lain-lain);

semaian
1. sesuatu yang disemai, semai;

2. = persemaian, pesemaian tempat menyemai(kan):
tapak ~;

penyemaian perbuatan dan sebagainya menyemai(kan):
~ tisu;
perkembangan moral yang berupa ~ nilai-nilai akhlak yang diperlukan.

penyemai
1. orang yang menyemai (benih dan sebagainya) atau menyemaikan (rasa, semangat dan sebagainya):
orang tua sebagai ~ rasa akrab antara keluarga berlainan bangsa;

2. alat untuk menyemai:
mesin ~ padi.

Semai II penduduk asli Semenanjung Malaysia daripada suku kaum Senoi yang tinggal di kawasan banjaran Titiwangsa, meliputi Perak Tengah, Perak Selatan dan Pahang Barat.

semaja

[sastera lama] (se)memangnya, sesungguhnya, sahaja, tentu:
jikalau terhunus keris panjangnya itu, ~ berterjunlah segala raja di peseban ini.

semak

menyemak
1. mendengarkan atau memerhatikan (percakapan, bacaan orang) dengan teliti:
murid mesti ~ kalau guru mengajar;

2. mengkaji, meneliti:
murid-murid hendaklah ~ jawaban yang ada di dalam jadual ini;

3. memeriksa atau meneliti kembali (supaya tidak ada yang salah dan lain-lain), memerhatikan baik-baik:
sukatan pelajaran yang digunakan pada zaman penjajah dahulu perlu disemak semula;

semakan catatan (angka, kependekan, dan lain-lain) untuk dirujuk, rujukan:
sampul surat yang mengandungi permohonan hendaklah ditanda dengan nombor ~ jawatan yang tertentu;

penyemakan perbuatan (kerja dan sebagainya) menyemak:
setelah ia berpuas hati dengan kebolehan orang-orang bawahnya, dia tidaklah melakukan ~ lagi;

penyemak orang yang menyemak, peneliti, pemeriksa.

semak I

1. = semak-semak tumbuh-tumbuhan yang kecil-kecil dan rendah-rendah, belukar:
rumput dan ~ tumbuh di tebing-tebing sungai itu;

2. ditumbuhi tumbuh-tumbuhan yang kecil-kecil dan rendah:
budak itu diupahinya supaya membersihkan halaman rumahnya yang ~;

3. [kiasan] kusut (perasaan, fikiran, dan lain-lain), kacau:
Muluk terasa ~ di dada;
~ hati = hati ~-~
tidak keruan fikiran (perasaan dan lain-lain), berkecamuk fikiran dan lain-lain;
~ samun berjenis-jenis tumbuh-tumbuhan yang kecil-kecil;
~-~ disiangi, rimbun-rimbun ditutuh (peribahasa) sesuatu benda hendaklah dijaga dan dipelihara baik-baik;
dari ~ ke belukar (peribahasa) meninggalkan sesuatu yang buruk, tetapi mendapat yang buruk juga;

menyemak
1. tumbuh menjadi semak (tumbuh-tumbuhan), menyerupai semak:
dia menyabit rumput, lalang, dan seberapa banyak tumbuh-tumbuhan yang ~ di sekeliling rumahnya;

2. tidak teratur (tersusun), herot-herot, kusut;

3. semak hati;

menyemakkan
1. membiarkan tumbuh semak;

2. merisaukan (fikiran dan lain-lain), mengusuntukan.