[sastera lama] malakamo.
semalam
malam I.
semalu
sejenis pokok renek yang bunganya kecil, berwarna merah jambu, kuning dan sebagainya dan berbau harum, puteri malu, Mimosa pudica.
semambu I
sejenis rotan yang besar (biasanya dibuat tongkat), Calamus scipionum.
semambu II
= hantu ~ sejenis hantu.
semambu III
sejenis ikan laut, Germo sibi.
semampai
[Minangkabau] tinggi dan lembut (tubuh), lampai, langsing:
badannya tinggi ~, matanya besar dan hitam, alisnya seraut jatuh;
lemah ~ lemah gemalai (lenggang).
semampang
[arkaik] sekiranya, kalaulah.
semampat
sejenis tumbuhan (pokok), gerunggang betina, mempapit, mempat (hitam), mempitis, mempoyan, sepedas bunga, Cratoxylon cochinchinense.
seman
= kesemanan
1. tidak jadi (tapai, apam, dan lain-lain), gagal;
2. hilang (ingatan):
berubah fikiran ingatan ~;
3. tidak sempurna (anak dalam kandungan dan lain-lain), rosak.