semang I

anak ~
a) orang yang menumpang makan dan bekerja pada orang lain;
b) orang yang bekerja dengan orang lain kerana terikat (oleh hutang dan lain-lain);
c) orang yang menolong orang lain menjalankan perniagaan dan lain-lain;
induk ~
a) orang yang memberi tumpangan (makan dan pekerjaan ) kepada orang lain;
b) orang yang memberikan modal (dagangan dan lain-lain) kepada orang lain untuk diperniagakan.

Semang III

sejenis suku bangsa orang asli yang tinggal di Tanah Melayu, Pangan (di Kelantan dan di Pahang).

semangat

1. roh yang terdapat dalam segala makhluk (dipercayai mempunyai kuasa-kuasa tertentu):
tepuk bantal panggil ~, ~ datang dalam mimpi;
~ padi
semangat yang menyebabkan padi boleh tumbuh dan berbuah dengan bernas;

2. perasaan hati, jiwa:
kedua-duanya mempergunakan ~ perkauman untuk memecahbelahkan rakyat;
~ kesukanan;

3. maksud atau tujuan yang terkandung dalam sesuatu perjanjian (ucapan dan lain-lain):
~ perjanjian Asean;

4. kemahuan untuk melakukan sesuatu, nafsu:
~ bekerja;
~ waja
kemahuan yang keras;
mempertinggi ~ anjing (peribahasa) bersusah payah memperbaiki nama yang jahat akhirnya akan mengecewakan sahaja;

bersemangat
1. ada semangatnya (roh yang menjiwainya dan lain-lain), mempunyai semangat:
hampir ia tidak ~ lagi kerana terpandang akan kejadian yang ngeri itu;

2. berjiwa keras:
suara mereka menjadi semakin garang dan ~;

3. berkemahuan (untuk melakukan sesuatu), bernafsu, bergiat:
mereka bersorak gembira mendengar ucapan daripada guru silat mereka yang telah tua tetapi masih ~ itu;

menyemangati memberi semangat (kepada), membangkitkan semangat (keberanian, kemahuan, dan lain-lain).