~ fatimah sejenis tumbuhan (pokok kecil), Labisia pothoina.
selusup
menyelusup
1. masuk ke dalam hutan (semak dan lain-lain), masuk ke bawah sesuatu;
2. masuk dengan diam-diam (ke kawasan musuh dan lain-lain), menyeludup;
susup.
selusur I
menyelusur menggelongsor (meluncur, melorot ) turun, menggelincir;
menyelusurkan meluncurkan, melorotkan;
terselusur tergelincir, tergelongsor.
selusur II
tempat berpegang atau pengadang pada titi (jambatan dan lain-lain), langkan.
selut
lumpur:
ia duduk di atas batas sambil menyapu-nyapu ~ di betisnya;
jejak ~ kaki terbenam (peribahasa) membuat sesuatu hal yang tidak diketahui benar-benar akhirnya akan mendapat kekecewaan;
berselut
1. penuh dengan selut:
di sana sini terdapat kawasan yang berlembah dan ~;
sungai itu sudah tidak mampu menampung bot atau kapal yang masuk kerana dasarnya semakin cetek dan ~;
2. diselaputi atau dikotori selut, kena selut:
basuh tayar yang ~ itu.
seluwit
burung ~ sejenis burung, burung takau, Calyptomena viridis viridis.
selva
(Sepanyol) kawasan hutan tebal di lembah Sungai Amazon.
sema
[bahasa percakapan] semua.
sema-sema
sejenis cadik (perahu), katir.
semabur
[Kelantan] hampir sama (serupa).