bas IV

(Komputer) kumpulan talian selari yang menyambungkan dua atau lebih peranti untuk membolehkan kawalan, perhubungan, dan pertukaran maklumat dilakukan dengan menggunakan talian yang sama.

basa III

sopan santun, tingkah laku yang baik:
sejak hari ini hendaklah engkau habisi segala hutang budi hutang ~;

basa-basi [Minangkabau] adat istiadat, sopan santun:
sukar mencari seorang perempuan yang indah ~nya seperti Khatijah;

berbasaan bermanis mulut, memperlihatkan sopan santun:
mereka itu sama-sama mengadu ~ bermanis mulut, memperlihatkan kebaikan budi masing-masing.

basah

1. mengandungi air, lawan kering:
bajuku ~;

2. masih baru, belum dikeringkan:
getah (daging, ikan) ~;
kena tangkap ~ = tertangkap ~
ditangkap kerana berkhalwat;
~ kuyup = ~ jejeh (jeruk) [Kelantan] basah semuanya sehingga menitik-nitik airnya;
direndam tak ~ (peribahasa) orang degil dan kikir yang tidak dapat dibaiki;
sudah ~ kehujanan (peribahasa) kemalangan yang bertimpa-timpa;

berbasah-basah, berbasahan membiarkan diri basah:
kalau tidak kerana urusan penting buat apa aku ~ dalam hujan begini;

membasahi menyebabkan menjadi basah:
air mata ~ pipinya;

membasahkan menyebabkan sesuatu menjadi basah dengan mencurah (merenjiskan dan lain-lain) air:
~ rambut;
~ tekak
minum air (sedikit);

basahan
1. (sesuatu) yang dipakai pada masa mandi:
kain ~;

2. (sesuatu) yang dipakai hari-hari:
gelang ~;
baju ~;

3. sesuatu yang telah menjadi perkara biasa:
minuman keras sudah menjadi ~ kepada setengah-setengah orang;
sahaja ~
(peribahasa) sudah menjadi kebiasaan berbuat sesuatu perbuatan yang tidak baik;

kebasahan keadaan basah:
ia sedang menggosok-gosok senapang yang ~ sedikit kerana peluh;
bahan itu mungkin rosak disebabkan oleh ~;

kebasah-basahan agak basah:
bulu kucing itu~;

pembasahan perihal (perbuatan) membasahkan.

basal

sejenis penyakit bengkak-bengkak pada badan atau sembap (kerana sakit beriberi).

basalt

(Geologi) batu igneus berwarna gelap yang terdiri daripada feldspar dan lain-lain danbiasanya piroksena, yang berasal daripada gunung berapi.