basi I

1. sudah busuk dan tidak boleh dimakan lagi (berkenaan (dengan) makanan yang disimpan terlalu lama dan tidak dipanaskan semula):
sayur lemak semalam sudah ~;

2. tidak baru, sudah lama (berkenaan (dengan) khabar dan lain-lain):
ada kalanya berita itu dimuatkan ketika sudah ~;

3. tidak manjur, tidak mustajab (berkenaan (dengan) mantera dan lain-lain):
doanya ~ sahaja;

membasikan menjadikan basi, membiarkan jadi basi.

basi II

1. wang persediaan (cadangan dan lain-lain);

2. jumlah wang yang dipotong jika menukar wang besar;

3. potongan harga kalau membeli banyak;

4. lebihan (baki) wang;

5. bahagian tepi kain dan lain-lain yang dilebihkan (lebih kurang satu inci) ketika mencantumkan dua keping kain dan lain-lain;

membasikan
1. mengadakan basi (wang persediaan);

2. mengadakan basi (potongan harga);

3. mengadakan basi (kain dan lain-lain).

basikal

sejenis kenderaan beroda dua yang ditunggang dengan mengayuh pedalnya;

berbasikal menunggang basikal:
budak itu ~ ke sekolah.

basilus

(Biologi) bakteria yang berbentuk batang, sesetengahnya boleh mengakibatkan penyakit pada haiwan vertebrat atau pada serangga.

basinet

bakul daripada anyaman rotan yang mempunyai tudung di bahagian atasnya, digunakan untuk membuai atau membawa bayi.

basir

[Arab]

1. penglihat mata hati;

2. ark terang, nyata kelihatan:
lampu pelita kurang ~.

basis

[Indonesia-Belanda]

1. asas, dasar;

2. garis dasar, tapak;

3. pangkalan (angkatan laut, angkatan udara).