1. mengandungi air, lawan kering:
bajuku ~;
2. masih baru, belum dikeringkan:
getah (daging, ikan) ~;
kena tangkap ~ = tertangkap ~ ditangkap kerana berkhalwat;
~ kuyup = ~ jejeh (jeruk) [Kelantan] basah semuanya sehingga menitik-nitik airnya;
direndam tak ~ (peribahasa) orang degil dan kikir yang tidak dapat dibaiki;
sudah ~ kehujanan (peribahasa) kemalangan yang bertimpa-timpa;
berbasah-basah, berbasahan membiarkan diri basah:
kalau tidak kerana urusan penting buat apa aku ~ dalam hujan begini;
membasahi menyebabkan menjadi basah:
air mata ~ pipinya;
membasahkan menyebabkan sesuatu menjadi basah dengan mencurah (merenjiskan dan lain-lain) air:
~ rambut;
~ tekak minum air (sedikit);
basahan
1. (sesuatu) yang dipakai pada masa mandi:
kain ~;
2. (sesuatu) yang dipakai hari-hari:
gelang ~;
baju ~;
3. sesuatu yang telah menjadi perkara biasa:
minuman keras sudah menjadi ~ kepada setengah-setengah orang;
sahaja ~ (peribahasa) sudah menjadi kebiasaan berbuat sesuatu perbuatan yang tidak baik;
kebasahan keadaan basah:
ia sedang menggosok-gosok senapang yang ~ sedikit kerana peluh;
bahan itu mungkin rosak disebabkan oleh ~;
kebasah-basahan agak basah:
bulu kucing itu~;
pembasahan perihal (perbuatan) membasahkan.