aferesis

(Linguistik) pengguguran satu huruf atau suku kata di awal perkataan, misalnya apabila huruf h dalam hujung digugurkan menjadi ujung dan suku kata bu dalam bukan digugurkan menjadi kan.

afesis

(Linguistik) pengguguran vokal awal yang tidak bertekanan bagi sesuatu kata, misalnya apabila vokal awal a dalam abang digugurkan menjadi bang.

afiat

[Arab]

1. pulih, sihat;
sihat dan ~ = sihat wal ~ sihat (tidak uzur);

2. kesihatan;

mengafiatkan [sastera lama] memulihkan, menyihatkan;

keafiatan keadaan sihat, kesihatan:
dalam ~ dan keselamatan yang sempurna.

afid

sejenis serangga kecil daripada famili Aphididae yang merosakkan tumbuh-tumbuhan dengan menghisap air daun, batang atau akarnya.

afidavit

kenyataan atau keterangan bertulis dengan mengangkat sumpah yang disaksikan oleh seseorang pegawai bertauliah:
peguam berkata beliau tidak menerima ~ terbaru dan syarikat berkenaan gagal mengemukakan maklumat mengenai kedudukan sebenar kapal itu.

afiliasi

gabungan, pertalian:
dua orang sarjana ini memerihalkan latihan sains dan ~ mereka dengan badan penyelidikan;

berafiliasi mempunyai perhubungan atau pertalian:
lembaga keilmuan yang mengkaji masalah politik sebaiknya tidak ~ dengan kekuatan sosiopolitik.

afiniti

(Kimia) kecenderungan sesuatu atom atau sebatian untuk bertindak atau berpadu dengan atom atau sebatian lain yang mempunyai juzuk kimia yang berbeza.

afonia

(Perubatan) kehilangan suara yang disebabkan oleh penyakit larinks, kerosakan saluran suara dan sebagainya.

aforisme

(Linguistik) ungkapan yang tepat, ringkas, dan jelas yang mengandungi atau melahirkan suatu kebenaran umum, pepatah, bidalan, peribahasa (seperti bersatu teguh bercerai roboh).