sejenis tumbuhan (pokok), jambu arang, Eugenia claviflora.
bangkung
sejenis tumbuhan (pokok), cempedak, Artocarpus champeden.
bangkut
tidak menjadi besar, kerdil (orang, pokok, dan lain-lain);
tanduk ~ tanduk yang tidak menjadi besar.
banglas
[arkaik] tidak terganggu (pandangan), luas.
banglo
= rumah ~ rumah sebuah (tidak berangkai dan sebagainya) yang besar dan mempunyai kawasan yang tersendiri.
bangor
[Jakarta] nakal.
bangpak
[Cina] buruk, jahat.
bangsa I
1. jenis manusia daripada satu asal keturunan:
~ Melayu;
ilmu ~ pengetahuan mengenai cara kehidupan (adat resam dan lain-lain) sesuatu bangsa;
2. kumpulan manusia dalam satu ikatan ketatanegaraan:
~ Malaysia;
3. macam, jenis:
setelah selesai persiapan, diadakanlah permainan tujuh ~;
4. jantina, jenis kelamin;
5. darjat tinggi, keturunan mulia:
bahasa menunjukkan ~ ;
rosak ~ kerana laku;
sebangsa
1. serupa bangsa, satu bangsa:
~ dan setanah air;
2. semacam, sejenis:
ayam ialah ~ unggas;
berbangsa
1. termasuk dalam bangsa:
jurutaip itu ~ Cina;
2. daripada keturunan orang baik-baik (bangsawan dan lain-lain):
orang berasal lagi ~;
3. [Minangkabau] berkerabat:
saya ~ dengan isterinya;
membangsakan [arkaik] menganggap sebagai bangsa (kerabat dan lain-lain);
kebangsaan
1. yang berkaitan dengan negara secara keseluruhan, nasional:
semangat ~;
2. dipilih untuk melambangkan keperibadian sesebuah negara seperti bahasa, pakaian, dan sebagainya:
pakaian ~;
bunga ~;
bahasa ~;
3. yang dicipta khas untuk dinyanyikan sebagai menyatakan taat setia kepada negara:
lagu ~;
berkebangsaan mempunyai kebangsaan, mempunyai sifat-sifat kebangsaan:
dari mulanya filem Melayu tidak mempunyai dasar ~ yang tulen.
Bangsa II
~-~ Bersatu pertubuhan antarabangsa yang dianggotai oleh negara-negara merdeka yang bertujuan memelihara keamanan di dunia dan mewujudkan kerjasama antarabangsa.
bangsai
1. rapuh dan buruk (kayu, rumah tua, dan lain-lain), lapuk;
2. [kiasan] kurus kering (badan dan lain-lain), tidak berisi (padi);
nibung ~ bertaruk muda (peribahasa) orang tua yang kemuda-mudaan.