bangsa I

1. jenis manusia daripada satu asal keturunan:
~ Melayu;
ilmu ~
pengetahuan mengenai cara kehidupan (adat resam dan lain-lain) sesuatu bangsa;

2. kumpulan manusia dalam satu ikatan ketatanegaraan:
~ Malaysia;

3. macam, jenis:
setelah selesai persiapan, diadakanlah permainan tujuh ~;

4. jantina, jenis kelamin;

5. darjat tinggi, keturunan mulia:
bahasa menunjukkan ~ ;
rosak ~ kerana laku;

sebangsa
1. serupa bangsa, satu bangsa:
~ dan setanah air;

2. semacam, sejenis:
ayam ialah ~ unggas;

berbangsa
1. termasuk dalam bangsa:
jurutaip itu ~ Cina;

2. daripada keturunan orang baik-baik (bangsawan dan lain-lain):
orang berasal lagi ~;

3. [Minangkabau] berkerabat:
saya ~ dengan isterinya;

membangsakan [arkaik] menganggap sebagai bangsa (kerabat dan lain-lain);

kebangsaan
1. yang berkaitan dengan negara secara keseluruhan, nasional:
semangat ~;

2. dipilih untuk melambangkan keperibadian sesebuah negara seperti bahasa, pakaian, dan sebagainya:
pakaian ~;
bunga ~;
bahasa ~;

3. yang dicipta khas untuk dinyanyikan sebagai menyatakan taat setia kepada negara:
lagu ~;

berkebangsaan mempunyai kebangsaan, mempunyai sifat-sifat kebangsaan:
dari mulanya filem Melayu tidak mempunyai dasar ~ yang tulen.

berkongsi