penyelidikan atau penghuraian sesuatu (seperti keadaan, masalah, persoalan, dan lain-lain) untuk mengetahui pelbagai aspeknya (ciri-cirinya dan lain-lain) secara terperinci atau mendalam:
~ natrium klorida;
menggubal sesuatu dasar memerlukan masa yang lama, penelitian dan ~ yang tajam dalam semua segi;
~ kos faedah (Ekonomi) penilaian kos sesuatu perusahaan berbanding dengan faedah atau keuntungan perusahaan tersebut;
~ kualitatif (Kimia) analisis secara ujian kimia atau kaedah fizik untuk mengenal pasti sesuatu unsur, sebatian, campuran, dan lain-lain;
~ kuantitatif (Kimia) analisis secara ujian kimia atau kaedah fizik untuk menentukan kuantiti setiap juzuk yang diketahui terdapat di dalam sesuatu sebatian atau larutan;
~ nisbah
(Ekonomi) kaedah penilaian prestasi sesebuah organisasi berdasarkan nisbah kewangan dan nisbah kendalian yang diperoleh daripada maklumat kewangan organisasi tersebut;
~ penyata kewangan (Ekonomi) penilaian risiko, kredit, atau pelaburan sesebuah organisasi berdasarkan maklumat daripada kunci kira-kira, penyata pendapatan, dan lain-lain;
~ pulang modal (Ekonomi) penilaian banyaknya jualan, harga jualan, dan jumlah belanja sesuatu keluaran untuk menentukan untung rugi keluaran tersebut;
~ sistem (Komputer) penelitian kegiatan, peraturan, kaedah, teknik atau cara kerja sesuatu sistem untuk menentukan masalah dan keperluan sistem tersebut serta menentukan cara untuk menyelesaikan, memperbaik atau melaksanakan sistem dengan berkesan;
~ volumetri (Kimia) analisis kuantitatif gas atau larutan berasaskan ukuran isi padu;
menganalisis melakukan analisis ke atas sesuatu (bahan, data, dan lain-lain):
darah harus diambil daripada kedua-dua ibu bapa untuk dianalisis;
bahkan buku tatabahasa yang ~ aturan bahasa pun masih menggunakannya secara tidak tetap;
~ teks yang digunakan sebagai data;
penganalisisan perbuatan (proses) menganalisis:
pengumpulan dan ~ maklumat;
~ sebuah cerita yang mudah;
penganalisis orang (pihak) yang menganalisis:
kaedah ini masih popular digunakan di kalangan para ~ perniagaan di Amerika Syarikat.