baka I

1. keluarga (yang menurunkan), asal keturunan (ayah dan lain-lain);

2. benih (haiwan atau tumbuhan);
membuang ~ menyimpang daripada sifatnya (asalnya) yang turun-temurun, mencemarkan nama baik keluhurannya (orang tua dan lain-lain);
saka ~ (keluarga) yang menurunkan, (sifat-sifat) keturunan, turun-temurun;

pembakaan perihal memperkembang baka.

baka II

[Kelantan], [Terrenganu] sejenis tumbuhan (pokok), inai-inai, Erythroxylon cuneatum.

bakai

[Kedah] awal, permulaan, pertama (perbuatan dan lain-lain);
mandi ~ mandi dengan jalan membasuhkan kaki dahulu dan sedikit demi sedikit naik ke atas hingga basah seluruh badan.

bakal

1. seseorang yang akan menjadi atau dijadikan (isteri, suami, presiden, ketua, dan lain-lain), calon:
~ suami;

2. akan, hendak:
seminar yang ~ diadakan di DBP;

3. [Jawa] untuk, buat:
wang ~ beli pakaian;

membakalkan mengerjakan pada tingkatan yang awal sekali, membuat bentuk yang kasar (dahulu), merancang;

pembakalan perihal membakalkan.

bakar

bahan ~ barang-barang yang akan dinyalakan (seperti minyak tanah dan sebagainya);
ikan ~ ikan panggang;
kayu ~ kayu api;
~ tak berapi (peribahasa) menaruh cinta tidak dengan sebenarnya;
~ tak berbau (peribahasa) maksud jahat yang tersembunyi;

membakar
1. menyalakan (memasang, menghanguskan) sesuatu dengan api:
~ kayu;
~ sampah;

2. memanaskan sesuatu (seperti ikan, daging, pisang, dan sebagainya) di atas api supaya masak, memanggang:
~ pisang;

3. memasak sesuatu (seperti kuih, ikan, daging, dan lain-lain) dengan jalan memanaskannya dalam ketuhar:
~ kuih;
~ kapur;

4. [kiasan] membuatkan seseorang marah atau meradang,:
Kalau engkau menjadi pemimpin, aku mesti kebuluran, ia ~ hati isterinya;

5. [kiasan] menyemarakkan sesuatu perasaan (seperti semangat, cinta, dan sebagainya):
gadis itu menjeling dan melemparkan senyuman yang ~ jiwa orang muda itu;
~ semangat;

6. menyebabkan terasa sangat panas seolah-olah terbakar:
panas yang kian terik dan ~ kulit kepala;
dibakar tiada hangus
(peribahasa) tidak dapat dipengapakan (kerana degil, berkuasa, dan lain-lain);

membakarkan membakar sesuatu untuk:
ia ~ anaknya ikan asin;

terbakar
1. sedang atau sudah bernyala (kerana dibakar dan lain-lain), habis dibakar;

2. [kiasan] menghangat, marah:
emak ~, lalu dilemparkannya kayu kepada saya;
~ kampung kelihatan asap, ~ hati siapa tahu
(peribahasa) kesusahan seseorang jarang dipedulikan orang lain, kerana tidak kelihatan olehnya;

kebakaran
1. kejadian sesuatu (rumah dan lain-lain) yang sedang terbakar:
~ besar yang dahsyat telah berlaku pagi ini;

2. terbakar;
~ janggut [Indonesia] [bahasa percakapan] bingung tidak keruan;

pembakaran
1. perihal (perbuatan dan sebagainya) membakar:
~ mayat;

2. [arkaik] tempat membakar:
~ kapur;

pembakar
1. orang yang kerjanya membakar sesuatu:
~ meriam;

2. yang membakar;
bom ~ [Indonesia] bom yang membakar;
zat ~ [Indonesia] oksigen;

3. (alat) yang digunakan untuk membakar sesuatu:
acuan ~ kuih.