bakat I

1. kebolehan semula jadi:
ia memang mempunyai ~ seniman;
~ terpendam
bakat atau kebolehan (dalam bidang seni, penulisan dan lain-lain) yang belum diketahui atau diperlihatkan kepada orang umum;

2. orang yang mempunyai kebolehan semula jadi:
baik pengarang lama mahupun ~-~ baru tidak pernah menulis tentang konfrontasi;

3. bekas, tanda-tanda, kesan (bekas luka dan lain-lain):
luka itu meninggalkan ~;

4. alamat, tanda bakal terjadi sesuatu:
awan hitam di langit ~ hujan;

berbakat
1. mempunyai kebolehan semula jadi:
murid yang ~;

2. berbekas:
kepalanya ~ kerana ia memakai songkok;

membakat
1. meninggalkan bakat (bekas, tanda):
buih air laut yang~ di pantai;

2. mengalamatkan, menandakan:
merah di Timur ~ terbitnya matahari.

bakau

sejenis tumbuhan (pokok di pantai), berus, berus mata buaya, mata buaya, lenggadai, tumu, tengar, lenggadai putut, beus, bangkita, Rhizophora spp., Ceriops spp., Bruguiera spp.;
jenis-jenisnya:
~ akik = ~ akit;
~ bakap
= ~ belukap = ~ gelukap = ~ hitam = ~ jangkar = ~ kurap = ~ minyak dan lain-lain; ~ bukit sejenis tumbuhan (pokok) di kawasan yang bergunung-gunung, Illicium cambodianum.

bakelit

sejenis resin dan plastik sintetik yang digunakan sebagai penebat elektrik untuk membuat barang-barang plastik, alat penerima telefon, dan lain-lain.