[Cina] sejenis makanan yang rupanya panjang-panjang seperti laksa.
bako
[Minangkabau] keluarga daripada pihak ayah;
mencari ~ mencari menantu laki-laki;
baka I.
bakon
daging babi yang telah digarami atau disalai.
baksi
[arkaik];
layar ~ layar yang dipasang di tiang belakang (kapal, perahu);
membaksi memasang layar baksi.
baksis
[arkaik] upah, hadiah (wang dan lain-lain):
orang-orang Bugis juga sanggup berperang dengan diberi upah tetapi mahu ~ yang banyak.
baksut
peluru ~ sejenis peluru senapang.
baktan
[Kelantan] kerana, sebab.
baktau
batau.
bakteremia
(Perubatan) kehadiran bakteria di dalam darah.
bakteria
organisma seniyang hidup dalam tanah, air, bahan organik atau badan tumbuh-tumbuhan dan haiwan, dan sesetengahnya boleh menyebabkan penyakit;
~ denitrifikasi (Biologi) bakteria tanah yang menukarkan nitrat kepada nitrit dan akhirnya kepada nitrogen dalam keadaan tanpa oksigen;
~ nitrifikasi (Biologi) bakteria tanah yang mengoksidakan garam ammonium kepada nitrit, dan nitrit kepada nitrat.