bakuk II

= ~ daun sejenis ikan laut, jemedi, Thryssa setirostris;
~ daun

a) = ~ minyak sejenis ikan laut, kasai minyak, Thryssa mystax;
b) sejenis ikan laut, Thryssa dussumierii;
c) sejenis ikan laut, jemedi, Thryssa kammalensis.

bakul I

bekas (tempat menaruh barang) yang dianyam (daripada rotan, buluh, dan lain-lain), keranjang;
~ tepak [Kelantan] bakul yang tiada mempunyai bucu;

membakulkan membuang atau memasukkan ke dalam bakul.

bakul sampah

bakul tempat membuang sampah;

membakulsampahkan membuang atau memasukkan ke dalam bakul sampah:
telah beberapa kali ketua pemberita ~ berita-berita yang ditulisnya.

bakung

sejenis tumbuhan (herba yang bunganya berwarna putih), tembaga suasa, Crinum defixum.

bakup

bengkak pada muka (kelopak mata) kerana kena tinju dan lain-lain, bagup, balut:
mata ~;
mukanya bengkak ~
.