bajak I

alat untuk menggemburkan tanah, tenggala, luku;
~ batas bajak untuk membuat batas;
~ selalu di tanah yang lembut (peribahasa) yang selalu menderita ialah orang yang lemah;
~ sudah terdorong ke bencah (peribahasa) sudah terlanjur;
dahulu ~ daripada jawi (peribahasa) yang patut dahulu dikemudiankan, yang patut kemudian didahulukan;

membajak menggemburkan tanah dengan bajak, menenggala, meluku:
~ sawah;
~ balas
membajak untuk kali yang kedua, pugar kedua;

pembajakan perbuatan (kerja, proses, usaha) membajak, penenggalaan;

pembajak
1. orang yang kerjanya membajak, penenggala;

2. alat untuk membajak, tenggala:
jentera ~.

bajak II

= ~ laut perompak, penyamun (di laut), lanun;
bagai ~ wangkang makan diangkat (peribahasa) dikatakan kepada orang yang suka kena puji;

membajak merompak;

pembajakan perompakan (di laut).

bajang I

1. hantu yang berkuku panjang dan suka mengganggu perempuan yang sedang mengandung atau kanak-kanak;

2. = lidah ~ = kuku ~ tanggam penyambung kayu (menyerupai ekor burung layang-layang).

bajang II

daun ~ sejenis tumbuhan (pokok menumpang), akar asam tebing darat, akar ketam, akar meroyan sembang, daun ketam, serundang, Anadendrum montanum.

Bajau II

suku kaum peribumi yang ketiga terbesar di Sabah, yang terbahagi kepada dua golongan, iaitu Bajau Laut yang tinggal di timur Sabah dan Bajau Darat di barat Sabah, yang masing-masing bertutur dalam dialek yang berbeza, dan kegiatan utama mereka ialah bertani, menternak serta menangkap ikan.

baji

1. kayu (besi) lancip untuk membelah kayu;

2. pasak untuk merapatkan sesuatu (yang renggang);
~ dahan membelah dahan (peribahasa) membuat kebajikan kepada orang dengan perbelanjaan orang itu sendiri;
bersua ~ dengan matan = tahan ~ oleh keldai (peribahasa) kuat sama kuat, berani sama berani;

membaji
1. membelah dengan baji;

2. merapatkan (menguatkan) dengan baji.