audio

1. berkaitan dengan bunyi atau pendengaran:
daripada satu bahasa perhubungan melalui saluran pendengaran atau ~, bahasa Melayu telah menjadi satu bahasa pustaka;

2. berkaitan dengan bunyi atau penghasilan semula bunyi:
selalunya peralatan ~ diletakkan di tengah ruang pameran itu;
ia membawa konsep baru pusat beli-belah yang menawarkan pelbagai pilihan produk ~ dan video.

audio-

awalan asing berkaitan dengan bunyi atau pendengaran, misalnya audiometer dan audiologi.

audiogram

rakaman dalam bentuk graf yang dihasilkan oleh audiometer untuk menunjukkan tahap ketajaman pendengaran seseorang.

audiovisual

yang) melibatkan atau menggunakan pendengaran dan pelihatan (berkenaan (dengan) usaha mengajar atau menyampaikan maklumat dan lain-lain), pandang dengar.

audit

(Ekonomi) pemeriksaan dan pengesahan kira-kira (akaun);
~ awal audit yang mula dilakukan sebelum tahun perakaunan yang diaudit itu berakhir;
~ baucar pemeriksaan dokumen asal (seperti invois, surat perjanjian, pesanan belian, dan lain-lain) untuk membuktikan sahih tidaknya sesuatu urus niaga sebelum bayaran dibuat;
~ bebas audit yang dilakukan oleh juruaudit luar untuk mendapatkan pandangan tentang penyata kewangan sesebuah organisasi;
~ berkala audit yang dilakukan oleh juruaudit luar untuk setiap tempoh perakaunan tertentu (seperti setiap setengah tahun dan setahun);
~ berkanun audit bebas yang dilakukan pada sesebuah organisasi seperti yang diperuntuk oleh undang-undang;
~ bersama audit yang dilakukan secara bersama oleh dua firma audit atau lebih;
~ dalam = ~ dalaman pemeriksaan rekod kewangan dan bukan kewangan sesebuah organisasi oleh organisasi itu sendiri untuk memastikan bahawa organisasi dikendalikan dengan betul;
~ hujung tahun audit yang tertumpu pada penentuan tepat tidaknya baki akaun yang terdapat dalam kunci kira-kira;
~ personel (Tadb) audit pada sumber manusia dalam sesebuah organisasi biasanya dilakukan oleh pihak luar, yang meliputi aspek kesesuaian kelulusan staf dengan pekerjaannya, kesesuaian gaji dengan tugas yang dilakukan dan sebagainya;

mengaudit memeriksa dan mengesahkan kira-kira (akaun):
kira-kira yang telah disediakan itu perlu diaudit sebelum dapat diterima;

pengauditan pemeriksaan dan pengesahan kira-kira (akaun).