audit

(Ekonomi) pemeriksaan dan pengesahan kira-kira (akaun);
~ awal audit yang mula dilakukan sebelum tahun perakaunan yang diaudit itu berakhir;
~ baucar pemeriksaan dokumen asal (seperti invois, surat perjanjian, pesanan belian, dan lain-lain) untuk membuktikan sahih tidaknya sesuatu urus niaga sebelum bayaran dibuat;
~ bebas audit yang dilakukan oleh juruaudit luar untuk mendapatkan pandangan tentang penyata kewangan sesebuah organisasi;
~ berkala audit yang dilakukan oleh juruaudit luar untuk setiap tempoh perakaunan tertentu (seperti setiap setengah tahun dan setahun);
~ berkanun audit bebas yang dilakukan pada sesebuah organisasi seperti yang diperuntuk oleh undang-undang;
~ bersama audit yang dilakukan secara bersama oleh dua firma audit atau lebih;
~ dalam = ~ dalaman pemeriksaan rekod kewangan dan bukan kewangan sesebuah organisasi oleh organisasi itu sendiri untuk memastikan bahawa organisasi dikendalikan dengan betul;
~ hujung tahun audit yang tertumpu pada penentuan tepat tidaknya baki akaun yang terdapat dalam kunci kira-kira;
~ personel (Tadb) audit pada sumber manusia dalam sesebuah organisasi biasanya dilakukan oleh pihak luar, yang meliputi aspek kesesuaian kelulusan staf dengan pekerjaannya, kesesuaian gaji dengan tugas yang dilakukan dan sebagainya;

mengaudit memeriksa dan mengesahkan kira-kira (akaun):
kira-kira yang telah disediakan itu perlu diaudit sebelum dapat diterima;

pengauditan pemeriksaan dan pengesahan kira-kira (akaun).

berkongsi