1. beras yang telah ditanak atau dikukus:
telah lazim baginya setiap pagi memakan ~;
mencari ~ mencari rezeki;
2. isi jerawat yang berwarna putih;
~ adap-adap = ~ adap-adapan = ~ damai nasi (biasanya nasi kunyit berserta lauknya) yang disajikan kepada pengantin ketika bersanding;
~ angkatan nasi untuk menjamu orang besar-besar;
~ ayam nasi yang dimasak dengan air rebusan ayam (biasanya berwarna kekuning-kuningan) yang dimakan bersama-sama dengan daging ayam, yang biasanya dihidangkan dengan kicap, sup dan sambal cili;
~ berdetus nasi setengah masak;
~ beriani nasi yang dimasak bersama-sama dengan daging atau ayam dan rempah;
~ besar nasi untuk sesuatu upacara;
~ bungkus nasi yang dicampur dengan lauk-pauknya dan dijual dalam bungkus;
~ campur nasi yang lauknya dibubuh sekali dalam pinggan yang sama;
~ dagang nasi yang ditanak daripada beras lembut;
~ damai-damai
a) nasi yang dimakan oleh pengantin laki-laki dan perempuan sebagai tanda hidup mesra sesudah bersatu;
b) nasi adap-adap;
~ datang = ~ lepat = ~ ketupat nasi yang dimasak dalam anyaman daun kelapa;
~ goreng nasi yang digoreng bersama perencahnya (seperti udang, daging, sayur-sayuran, dan sebagainya);
~ hangit nasi yang hangit (kerana terlalu besar apinya);
~ himpit = ~ kapit nasi yang ditanak dengan air yang berlebihan dan kemudian dihimpit (dimakan dengan kuah sate dan lain-lain);
~ kabuli nasi yang bercampur lauk-pauk dan rempah-rempah;
~ kerabu = ~ ulam nasi yang digaulkan dengan daun-daunan yang dihiris halus-halus;
~ kukus = ~ dandang nasi yang dikukus dalam dandang;
~ kunyit = ~ kuning pulut yang dikuningkan dengan kunyit;
~ lecek nasi yang dilecek-lecek (untuk makanan bayi);
~ lemak nasi yang ditanak dengan santan;
~ lembik nasi yang ditanak dengan berlebihan airnya;
~ lengat = ~ tim [Indonesia] nasi yang dikukus lembik;
~ mentah nasi yang tidak cukup masaknya;
~ minyak nasi yang dimasak dalam lemak atau minyak;
~ ramas [Indonesia] nasi yang lengkap dengan lauk-pauknya;
~ ransum = ~ kawah nasi yang dimasak dalam kawah untuk orang ramai;
~ rawan nasi yang bercampur dengan sayur dan lauk-pauknya;
~ sorok [Kedah] nasi yang dimakan dahulu sebelum memakan nasi minyak (pada kenduri);
~ suap-suap nasi kunyit yang disuapkan oleh pengantin laki-laki kepada pengantin perempuan dan sebaliknya (ketika bersanding);
~ tambah
a) nasi untuk tambahan;
b) [kiasan] tambahan kepada pendapatan yang tetap;
~ tangas = ~ kangkang nasi panas yang dikangkangi isteri diiringi dengan jampi serapah, dan diberi makan kepada suami dengan tujuan untuk memperbodoh suami;
~ tomato nasi yang dimasak dengan tomato puri dan dicampur dengan susu cair, biasanya dihidangkan bersama-sama dengan ayam atau daging;
~ tumpang [Kelantan] nasi yang bercampur dengan lauk-pauknya dan dibungkus;
~ wajar nasi biasa sahaja (tidak dengan santan dan lain-lain);
~ habis, budi bersama (peribahasa) sahabat yang ketahuan buruk lakunya;
~ sama ditanak, kerak dimakan seorang (peribahasa) perihal orang yang bersekutu tetapi keuntungan diambil seorang diri;
~ sudah menjadi bubur (peribahasa) perbuatan yang sudah terlanjur (tidak dapat diubah lagi);
~ tak dingin pinggan tak retak (peribahasa) orang yang cermat membuat pekerjaannya, walaupun banyak kerja tetapi jarang yang rosak;
apa boleh buat, ~ sedap menjadi tawar (peribahasa) seseorang itu apabila rosak hatinya akan berubahlah perangainya;
biar ~ terbuang asal jangan periuk pecah (peribahasa) biar anak mati asal ibunya selamat (ketika bersalin);
buat ~ tambah (peribahasa) penambah penghasilan yang telah ada;
membuangkan ~nya yang tersaji di lutut (peribahasa) seseorang yang meninggalkan kerja yang senang lalu mencari pekerjaan yang lebih susah;
menantikan ~ (disajikan) di mulut (peribahasa) perihal orang yang pemalas menantikan pemberian orang atau takdir Tuhan sahaja;
bernasi ada (dimasak) nasi:
hari ini tidak ~;
~ di balik kerak (peribahasa) belum habis semuanya tentang sesuatu perkara (masih ada lagi hal yang belum diperiksa);
tidak ~ di balik kerak (peribahasa) orang yang sombong.