anjal

mudah berubah menjadi bertambah atau berkurang mengikut perubahan (harga, daya, dan lain-lain) kenyal, elastik:
permintaan yang ~;

menganjal mempunyai keupayaan untuk balik ke tempat atau ke bentuk asal apabila ditarik atau ditekan:
katil spring ~ apabila kita tidur di atasnya;

menganjalkan menyebabkan atau menjadikan menganjal:
gerakan ini penting bagi ~ otot di bahagian atas belakang lengan;

keanjalan perihal anjal, kekenyalan, keelastikan;

ketakanjalan keadaan atau perihal tidak anjal:
~ kadar faedah.

anjak

beranjak
1. (berpindah, beralih) sedikit dari sesuatu tempat, berengsot:
jangan ~ dari tempatmu;

2. bergerak meninggalkan sesuatu tempat:
ketika subuh tiba barulah dia ~ dari beranda dan masuk ke kamarnya;

menganjak, menganjakkan menggerakkan sesuatu dari sesuatu tempat, mengengsotkan:
dia ~ gelas itu ke tengah meja;
dianjak layu, dianggur (dicabut) mati
(peribahasa) tidak dapat diubah lagi (keputusan);

anjakan hasil menganjak, engsotan;
~ gaji pergerakan gaji daripada tangga gaji semasa ke tangga gaji berikutnya pada satu peringkat yang lebih tinggi dalam Sistem Saraan Malaysia (berkenaan (dengan) pergerakan gaji kakitangan perkhidmatan awam kerajaan Malaysia);

penganjakan perbuatan menganjak, pengengsotan;

penganjak bahagian daripada suatu perkakas untuk menggerakkan supaya perkakas itu menjadi panjang atau pendek.

anja

[Minangkabau];

beranja-anja, teranja-anja manja;
masa kecil teranja-anja, sudah besar terbawa-bawa, lalu tua berubah tidak (peribahasa) apa yang biasa dikerjakan semasa kecil susah dapat diubah kalau sudah tua.

anis

[Indonesia] sejenis tumbuhan (herba), adas manis, adas cina, Anethum graveolens.

animo

hasrat, keinginan, perhatian:
sangat kurang ~ untuk mendengar muzik klasik.

animisme

kepercayaan bahawa setiap benda (batu, kayu, dan lain-lain) mempunyai semangat (roh).