anod

(Kimia)
1. elektrod positif dalam sel elektrolisis atau tiub nyahcas;

2. bahagian hujung yang negatif pada sel atau bateri.

anjur II

ganjur, hela, tarik;

menganjur mengganjur, menghela, menarik;
~ diri menarik diri;
~ surut menarik kembali, memundurkan.

anjur I

maju ke depan, tonjol;
~ surat bak bertanam (dijemba-jemba bak bersiang) (peribahasa) tipu muslihat melakukan sesuatu bukan dengan maju ke depan sahaja, sambil berundur pun boleh;

beranjur mulai berjalan (melangkah dan lain-lain);

menganjur
1. keluar ke hadapan dari bahagian yang utama, menjulur, menonjol (ke depan):
bumbung hadapan rumah dibuat ~ ke hadapan;

2. beranjur;

menganjuri mendahului (dalam sesuatu pekerjaan, usaha, dan lain-lain):
dialah yang ~ rombongan tunjuk perasaan;

menganjurkan
1. memajukan (menyorong, menghulur) ke depan:
jangan dianjurkan badan keluar tingkap;

2. mengemukakan, mengesyorkan, menyarankan, mencadangkan, mengusulkan:
pengerusi ~ supaya mogok makan;

3. mengadakan:
~ ceramah;

teranjur [arkaik] terlanjur;

anjuran
1. sesuatu yang dianjurkan, syor, usul, cadangan, saranan:
~nya supaya wanita masuk tentera wataniah mendapat sambutan baik;

2. sesuatu (majlis dan sebagainya) yang diadakan oleh seseorang (persatuan dan sebagainya):
pesta budaya ~ Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan;

penganjuran perihal (perbuatan, usaha dan sebagainya) menganjurkan:
kita perlu sedar akan matlamat ~ sukan rakyat itu untuk generasi muda kita sekarang ini;
~ Pesta Pantun peringkat kebangsaan dapat mengetengahkan pelbagai kebudayaan tradisi penduduk negeri Perak;

penganjur
1. orang yang mendahului sesuatu (berjalan dan lain-lain):
dua orang pemuda berjalan di depan sebagai ~;

2. orang yang menganjuri sesuatu usaha dan sebagainya (pemimpin, pemula, dan lain-lain):
~ rakyat;

3. orang yang mengadakan sesuatu majlis dan sebagainya, promoter:
~ pertunjukan pentas.

anjung

bahagian rumah yang ditinggikan (di sisi atau di tengah rumah);
~ peranginan anjung tempat mengambil angin;

anjung-anjung, anjungan panggung yang tinggi di buritan perahu;

beranjung, berperanjung mempunyai anjung:
adalah dilarang membangunkan rumah ~ dan rumah bertiang gantung;

menganjung
1. = menganjungkan memegang tinggi-tinggi, meninggikan, mengangkat tinggi-tinggi:
~ layang-layang yang hendak dinaikkan;

2. = menganjung-anjung, menganjung-anjungkan memuji-muji, mengangkat-angkat, menyanjung-nyanjung:
ia orang yang suka dianjung;

3. menuju (perahu dan lain-lain):
perahu itu pun ~ ke tengah laut;
menganjungkan diri bagai sepasin
(peribahasa) [Minangkabau] dikatakan kepada orang yang hina tetapi hendak melagakkan diri;
tinggi dianjung, besar dilambuk (peribahasa) [Minangkabau] kebesaran seseorang itu ialah kerana dimuliakan oleh anak buahnya;

anjung-anjungan puji-pujian yang berlebih-lebih:
ia tak termakan oleh ~ itu.

anju

[Minangkabau]

1. ancang-ancang, acu;

2. maksud, tujuan;

menganju mengacu, memulai;

anjur I.