anjak

beranjak
1. (berpindah, beralih) sedikit dari sesuatu tempat, berengsot:
jangan ~ dari tempatmu;

2. bergerak meninggalkan sesuatu tempat:
ketika subuh tiba barulah dia ~ dari beranda dan masuk ke kamarnya;

menganjak, menganjakkan menggerakkan sesuatu dari sesuatu tempat, mengengsotkan:
dia ~ gelas itu ke tengah meja;
dianjak layu, dianggur (dicabut) mati
(peribahasa) tidak dapat diubah lagi (keputusan);

anjakan hasil menganjak, engsotan;
~ gaji pergerakan gaji daripada tangga gaji semasa ke tangga gaji berikutnya pada satu peringkat yang lebih tinggi dalam Sistem Saraan Malaysia (berkenaan (dengan) pergerakan gaji kakitangan perkhidmatan awam kerajaan Malaysia);

penganjakan perbuatan menganjak, pengengsotan;

penganjak bahagian daripada suatu perkakas untuk menggerakkan supaya perkakas itu menjadi panjang atau pendek.

berkongsi