tanggungjawab

kewajiban yang dipikul oleh seseorang, segala yang wajib ditanggung:
oleh sebab itu segala pegawai polis teramat berat ~nya;

bertanggungjawab
1. = ~ atas (terhadap, tentang, dalam) mempunyai tanggungjawab terhadap, memikul tanggungjawab, berkewajiban:
siapakah yang ~ atas kekalahan kita?

2. = ~ kepada menanggung segala-galanya, menanggung sesuatu kepada:
kakitangan ~ kepada majikan mereka;
kedua-dua pihak sama ~;

mempertanggungjawabkan
1. memberikan jawaban dan menanggung segala akibatnya (sekiranya tidak beralasan, tidak munasabah, dan sebagainya):
ia mengeluarkan kata-kata yang tidak dapat, dipertanggungjawabkan;

2. = ~ kepada memikulkan tanggungjawab (kepada), membebankan tanggungjawab kepada:
pendidikan kanak-kanak dipertanggungjawabkan kepada guru;

3. menjadikan bertanggungjawab (atas, terhadap, dan lain-lain):
mereka sama-sama dipertanggungjawabkan oleh agama untuk melaksanakan segala perintah Tuhan;

kebertanggungjawaban perihal (sifat) bertanggungjawab:
~ setiap individu dalam membuat kebajikan;

pertanggungjawaban
1. perihal bertanggungjawab;

2. sesuatu yang dipertanggungjawabkan:
kita telah sampai kepada ~ tentang pendapat kita;

penanggungjawab orang yang bertanggungjawab.

tanggung II

1. lebih daripada sedang tetapi belum cukup besarnya (tingginya dan lain-lain);
anak ~ anak yang hampir dewasa;
~ bulan sesudah pertengahan bulan (untuk menyatakan ketiadaan wang);

2. = kepalang ~ = tangung-tanggung tidak mencukupi keperluan, kurang sempurna, setengah-setengah:
bekerja jangan ~.

tanggung I

1. = ditanggung dijamin (kebaikannya dan lain-lain), sudah tentu:
pekerjaannya ~ baik;

2. [bahasa percakapan] = menanggung;
~ badan [kata seru] mas kahwin yang belum dijelaskan ketika akad nikah (tetapi mesti diselesaikan ketika bercerai);

menanggung
1. membawa di atas bahu (barang yang berat-berat), memikul, menggalas:
pelawat-pelawat penuh sesak, ada yang ~, ada yang berjunjung dan ada yang berkelek;

2. mengalami (kesusahan dan lain-lain), menahan, menderita, tertimpa (oleh):
perusahaan itu ~ kerugian besar;
tuan pergi janganlah lama, tiada kuasa ~ rindu;

3. [kiasan] membawa, memegang, menaruh, menyimpan:
dapatkah manda ~ rahsia hamba?

4. (sanggup) memikul biaya atau perbelanjaan (yang tertentu), mengurus, membiayai, menyelenggarakan:
mereka sudah besar, tidak wajib lagi dia ~ nafkah begitu;
aku telah ditanggungnya makan minum;

5. memikul, menghadapi, mempunyai:
kita ~ hutang sampai anak dah beranak enam pun hutang belum lagi selesai;

6. menjaga (keselamatan dan lain-lain), memberi jaminan (akan):
kerajaan ~ keamanan dan ketenteraman rakyat;

7. memberi akuan tentang kebaikan (keaslian dan lain-lain) sesuatu, menjamin:
kalau hendak bekerja di sini kamu harus mempunyai dua orang yang ~;
barang-barang ini ditanggung baik;

8. memberi akuan tentang kepastian sesuatu, memastikan bahawa …:
saya berani tanggung dia akan menang;

9. memberi perakuan akan memenuhi kewajiban orang lain jika orang itu enggan memenuhinya, menjamin:
siapa yang ~ pinjamanmu tempoh hari?
10. memikul segala tanggungjawab, bertanggungjawab:
berani buat tidak berani tanggung;~ budi menaruh budi;
~ dendam menyimpan dendam;
~ kasih berasa wajib membalas kasih (orang);
~ malu merasai malu;
~ ragam [Minangkabau] mengalami bermacam-macam percubaan;
~ rahsia menyimpan rahsia;
~ rindu menaruh rindu;

tanggung-menanggung
1. saling menanggung (menjamin dan lain-lain);

2. semua urusan menanggung;

menanggungkan, mempertanggungkan
1. memikulkan sesuatu beban (tanggungjawab dan lain-lain) kepada, membebankan kepada:
kerja-kerja yang ditanggungkan kepada baginda itu tersangat berat;

2. menyerahkan barang dan lain-lain sebagai cagaran (jaminan), mencagarkan, menggadaikan:
dia terpaksa ~ hartanya untuk membayar hutang;

tertanggung dapat ditanggung, terderita, terjamin, terpikul;
tidak ~
a) tidak terderita;
b) tidak dijamin dan lain-lain;

tanggungan
1. sesuatu yang mesti ditanggung, kewajiban, tanggungjawab:
hak dan ~ ahli-ahli pertubuhan;

2. jaminan:
dengan ~ siapakah engkau mendapat pinjaman itu?

3. barang dan lain-lain yang digunakan sebagai jaminan hutang dan lain-lain, cagaran:
apa ~mu untuk berhutang itu?

4. penderitaan, beban:
segala-galanya itu akan menambahkan lagi ~ rakyat;

5. orang yang mesti ditanggung (keselamatannya, nafkahnya, dan lain-lain):
cukai ini berbeza dari seorang ke seorang mengikut banyak pendapatan orang itu dan ramai orang yang mesti menjadi ~nya;

6. akibat perbuatan yang mesti dipertanggungkan, risiko:
kalau engkau kalah nanti, itu ~mu sendiri;
~ jiwa (kebakaran)
[Indonesia] insurans;

7. (Undang-undang) kewajiban yang dikenakan terhadap seseorang di bawah undang-undang;

ketanggungan [sastera lama] apa yang ditanggung, tanggungjawab, tanggungan:
jikalau kita kalah, bukanlah jadi ~ kepada kita semuanya;

berketanggungan bertanggungjawab, berkewajiban:
marilah kita menuntut kepada pihak-pihak yang ~ dalam agama Islam;

pertanggungan
1. tanggungan, tanggungjawab;

2. jaminan;

3. insurans;

penanggungan
1. apa yang ditanggung, penderitaan, kesengsaraan:
dia sangat mengambil berat terhadap kehidupan rakyat jelata dan ~ mereka;

2. perihal menanggung:
bagaimanakah ~ hati seorang perempuan yang hidup sebatang kara;

penanggung
1. orang yang menanggung (menjamin), penjamin;

2. orang yang memegang polisi insurans;

3. orang yang menderita, penderita;

4. (Ekonomi) organisasi atau orang yang dilantik untuk menguruskan pembubaran sesebuah syarikat.

tanggulang

[Jawa] penghalang, penahan;

menanggulangi
1. membubuh tanggulang, menahan dengan tanggulang;

2. [kiasan] menghadapi, menyekat, menghalang.

tanggul II

[Jawa] tambak untuk menahan air (di tepi sungai dan lain-lain), permatang:
apakah yang dibuatnya di ~ pada jam itu?

menanggul membuat tanggul pada, menambak.

tangguk

1. sejenis bakul daripada rotan atau jaring yang berbingkai (untuk menangkap ikan, udang, dan lain-lain):
ikan di kawasan itu ditangkap dengan tangan atau dengan ~;

2. [kiasan] tipu muslihat (untuk memerangkap, memikat, dan lain-lain);
~ rapat keruntung bubus (peribahasa) perihal suami isteri yang tidak bersetujuan sifatnya (suami banyak mendapat wang tetapi isterinya boros);
bagai ~ lerak dengan bingkainya (peribahasa) suami isteri yang tidak pernah bercerai sampai ajalnya;

menangguk menangkap (ikan dan lain-lain) dengan tangguk:
abang ke sungai ~ udang;
~ hutang
menagih hutang;
~ di air keruh (peribahasa) mencari keuntungan dan lain-lain sementara ada kekacauan (perselisihan dan lain-lain);
hendak ~ ikan, tertangguk akan batang (peribahasa) hendakkan laba tetapi jadi rugi;

tertangguk kena ditangguk, tertangkap dengan tangguk;
~ pada ikan dikeruntungkan, ~ pada ular dikeruntungkan juga (peribahasa) buruk baik diterima sahaja setelah dimuafakati beramai-ramai;

penangguk
1. orang yang menangguk;

2. alat untuk menangguk.

tangguh II

1. sukar ditewaskan, kuat:
tenteranya yang ~ serta berani;

2. teguh (pendirian), tabah dan tahan (menderita dan lain-lain), kukuh:
pemimpin yang ~;

ketangguhan kekuatan, kekukuhan, keteguhan, keuletan.

tangguh I

pengunduran waktu (untuk mengerjakan sesuatu, membayar hutang, dan lain-lain), penundaan waktu;
tenggang-~ batasan waktu;

bertangguh
1. minta tempoh, minta diundurkan waktu:
wang bakinya ia ~;

2. berlambat-lambat, berlengah-lengah, ayal:
dengan tiada ~ dan tiada tawar-menawar lagi si Tenggang telah membeli barang-barang itu;

3. tidak mahu, enggan:
dia ~ menemui orang tua itu;

4. menunggu hingga ke masa lain, menanti:
ayahanda ~lah dahulu tiga puluh dua hari menghimpunkan rakyat tentera ayahanda;

bertangguhtangguh selalu bertangguh, berlengah-lengah:
dia juga sedar, waktu maghrib akan berakhir jika dia ~;
agaknya sudah menjadi tabiatnya suka ~ apabila disuruh membuat sesuatu kerja;

menangguhkan, mempertangguhkan
1. mengundurkan (waktu), menunda waktu (sampai, hingga):
Dewan itu mempunyai peraturan-peraturan yang tertentu, peraturan ~ mesyuarat dan peraturan meluluskan undang-undang;

2. sengaja melambat-lambatkan, melengah-lengahkan (waktu dan lain-lain), menghulur-hulur (waktu):
perkara itu telah terlalu lama ditangguhkan;

tertangguh tertunda, terhalang, terhenti, terlambat;

pertangguhan janji (untuk mengundurkan waktu), ~ waktu bayaran;

penangguhan perihal menangguhkan (waktu dan lain-lain):
setiausaha pertubuhan itu menyatakan rasa dukacitanya di atas ~ mesyuarat itu.