tagak.
Category Archives: Kamus Dewan Online
tanggah II
penanggah, penanggahan [sastera lama] rumah dapur.
tanggah I
[arkaik] [sastera lama] mata wang Parsi zaman dahulu.
tangga
1. tempat tumpuan kaki yang bertingkat-tingkat untuk naik turun rumah dan lain-lain:
~ rumah;
naik ~;
2. alat untuk tumpuan memanjat (takuk pada pokok, sigai, dan lain-lain), injak-injak;
3. [kiasan] bahagian daripada sesuatu yang bertingkat-tingkat, peringkat, skala, tingkatan;
~ bongsu anak tangga yang bawah sekali;
~ gaji tingkatan gaji;
~ nada susunan nada yang meningkat naik bunyinya;
~ pilin = ~ sulur batang tangga yang berpusing;
~ senigai (sigai) tangga daripada sebatang kayu yang diberi bersigai;
~ sulung anak tangga yang di atas sekali;
tolak ~ berayun kaki, peluk tubuh mengajar diri (peribahasa) baik-baik dalam kesenangan dan pekerjaan yang berfaedah, tiba-tiba dilepaskan dengan sia-sia;
setangga;
orang ~ orang yang tinggal berdekatan, jiran, tetangga:
barangkali engkau bertemu di sana dengan orang ~ kita;
bertangga
1. ada tangganya, memakai tangga;
2. [kiasan] berperingkat, bertingkat-tingkat:
kanak-kanak ini kemudiannya dibimbing supaya mengenal buku-buku klasik secara ~;
berjanjang naik, ~ turun (peribahasa) menurut darjat dan kedudukan masing-masing;
bertanggakan menggunakan sesuatu sebagai tangga:
pondoknya yang ~ buluh.
tangerin
sejenis limau kecil yang manis dan kulitnya mudah dikupas, Citrus reticulata.
tangen
(Matematik)
1. garis sentuh;
2. fungsi trigonometri bagi sudut tirus pada segi tiga bersudut tegak, iaitu nisbah antara sisi-sisi lebih pendek yang bertentangan dan bersebelahan dengan sudut.
tangeh
[Jawa] [arkaik] masih lama, masih jauh.
tangas
bertangas memanaskan badan (dengan wap), mandi dengan wap (supaya berkeringat);
menangas mengasapi dengan wap, mengewapi, mengukus:
bahan-bahan itu dileburkan dan ditangas beberapa kali;
penangasan perihal menangas, pengukusan;
penangas alat untuk menangas atau bertangas.
tangar
[Jakarta] hati-hati, awas.
tangap
[Minangkabau];
menangap menahan, menegah, menyekat:
tiada siapa pun yang boleh ~ kebebasan seseorang.