tanduk II

~ batu sejenis tumbuhan (pokok memanjat), Gouania javanica;

tanduk-tanduk
1. sejenis tumbuhan (pokok renek), lelada, Ervatamia cylindrocarpa;

2. sejenis tumbuhan (pokok renek), jantung badak, jelutung badak, merabung paya, restung badak, sembur badak, Evartamia hirta;

3. sejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar bulu nenek kebayan, akar tanduk hitam, akar sewai, duduk kijang, Strophanthus dichotomus.

tanduk I

1. dua benda keras yang tumbuh di kepala binatang (seperti kerbau, lembu, dan lain-lain), sejenis cula:
~ lembu;
~ rusa;

2. daripada bahan tanduk (alat perkakas dan lain-lain):
sikat ~;

3. sesuatu yang berbentuk (berupa) tanduk:
pisang ~;
~ badur
= ~ koyok tanduk yang melengkung ke bawah;
~ cakah = ~ empang tanduk yang lurus mendatar;
~ capah tanduk lurus yang tumbuh mengangkang;
~ julang = ~ tegak tanduk yang lurus tegak tumbuhnya;
~ kangkum tanduk yang melengkung;
~ ragum tanduk yang pendek dan hujungnya hampir bertemu;
~ tendang tanduk yang satu tumbuh ke atas dan satu lagi melengkung ke bawah;
~ di kepala tak dapat digelengkan (peribahasa) seseorang itu tidak dapat melepaskan diri daripada kewajiban sendiri;
bagai ~ bersendi gading (peribahasa) jodoh yang tidak sepadan;
bagai ~ diberkas (peribahasa) amat sukar menyatukan (orang yang berlainan fikiran dan lain-lain);
bagai kerbau runcing ~ = runcing ~ (peribahasa) orang yang terkenal jahatnya sehingga jikalau orang lain yang membuat kejahatan orang menyangka dia juga;
menghendaki (menghendakkan) ~ kuda = minta ~ kepada kuda (peribahasa) menghendaki sesuatu yang tidak akan dapat;
sedepa ~ yang datang, sejengkal ~ yang menanti, payah juga yang datang (peribahasa) [Minangkabau] perihal kesukaran berdagang ke negeri orang (tidak seberani anak negeri sendiri);
tak (dapat) ~ telinga dipulas (peribahasa) sanggup melakukan apa sahaja asal dapat membalas dendam;

bertanduk mempunyai tanduk, ada tanduknya;
(menantikan) kucing ~ (peribahasa) mengharapkan sesuatu yang tidak mungkin;

menanduk
1. menyondol dengan tanduk (kerbau, lembu, dan lain-lain);

2. menyondol sesuatu dengan kepalanya, memukul dengan kepala:
pemain itu sedang ~ bola.

tandu

= tanduan
1. sejenis usungan (berupa kerusi, rumah-rumahan kecil, dan lain-lain) untuk membawa orang, joli:
maka menteri keempat pun menyembah, lalu keluar naik ~nya, kembali ke rumahnya;

2. usungan untuk mengangkut orang sakit (orang cedera dan lain-lain)

tandon

1. (Sunda) barang yang diserahkan sebagai cagaran hutang dan lain-lain, barang tanggungan;

2. [Jawa] barang persediaan.

tanding II

= tandingan
1. setompok barang dagangan (seperti buah-buahan, kacang, dan lain-lain), selonggok, setimbun:
se~ sampah ada di tepi jalan itu yang belum diangkat;

2. [arkaik] [Indonesia] sejumlah barang dagangan (yang tidak tentu banyaknya);

menanding

tanding I

= tandingan
1. sesuatu yang seimbang (sebanding) dengan yang lain, banding, imbang, tara:
tentera Jepun itu tidak ada ~nya dalam keberanian;
memang Mat Akil telah lama menjadi tandingannya;
satu nikmat yang belum ada ~nya;

2. jodoh, pasan

tandil

(Tamil)

1. ketua kelasi di kapal, pembantu serang:
satu pasukan kelasi yang diarahkan oleh ~ dilihatnya membasuh dek;

2. pengawas atau ketua kuli (di perkebunan dan lain-lain), mandur:
adat orang Jawa yang suka selamatan itu menjadi adat pula kepada ~-~ kuil Tionghua yang bekerja di perkebunan tembakau;
~ majahil (manjahil)
[Minangkabau] ketua biduanda di istana yang membawa cermin kerajaan.

tandikat

sejenis tumbuhan (pokok tempat lebah biasanya membuat sarang), Canarium pseudodecumanum.