tangki II

sejenis tumbuhan (herba), akar keman hantu, keman air (gajah), kangkung puteri, Neptunia prostrata.

tangki I

tempat menyimpan minyak (air dan lain-lain), kolam air, teng;
kapal ~ kapal untuk mengangkut minyak (tanah);
~ najis tangki septik;
~ septik tempat menakung najis, air kumbahan dan sebagainya (biasanya di bawah tanah) yang dapat diuraikan melalui tindakan bakteria.

tangkas

1. cepat (gerak-geri), cekatan, cergas, cepat, pantas:
ia berjalan dengan ~;

2. gesit, giat, sigap:
perjuangan antara dua orang pahlawan itu sangat hebat, mereka sama ~ dan sama pandai;

ketangkasan perihal tangkas, kecekatan, kecepatan, kecergasan, kepantasan, kesigapan:
anak-anak muda kelihatan kagum melihat ~ kedua-dua teman mereka.

tangkap

~ basah ditangkap ketika seseorang sedang melakukan kesalahan (khasnya dalam kes khalwat);
~
buta ki menuduh orang dengan sembarangan sahaja;
~ gambar mengambil gambar;
~ gunting sejenis gerakan untuk mengenakan lawan dalam silat;
~ lelong membeli barang yang dilelong;
~ muat mengambil mana yang sempat (ada) sahaja;
~ wap tidak berhasil atau sia-sia sahaja (perbuatan);

bertangkap [sastera lama] berkelahi seorang melawan seorang, bergelut, bergomol, bergusti:
kedua-duanya ~, bergigit sama bercucuran darah;

bertangkap-tangkapan saling bertangkap (bergelut):
dua ekor harimau yang tengah ~ dengan hebat;

menangkap
1. memegang sesuatu dengan tangan atau alat, memegang sesuatu yang bergerak cepat dan lain-lain (dan tidak melepaskannya), memerangkap binatang dan sebagainya:
sukar untuk ~ harimau;
tempat ~ ikan;

2. menadah atau menyambut barang yang bergerak cepat atau yang dilemparkan:
kamu dapati susah sangat hendak ~ bola apabila sebelah mata kamu ditutup;

3. mendatangi (menemui dan sebagainya) dan menahan orang yang berbuat kejahatan (melakukan perbuatan jenayah dan lain-lain), memberkas:
sebaik-baik dia membuangkan pistolnya sahaja, mata-mata gelap itu ~nya;

4. mengambil sebagai tawanan, menawan:
maka lasykarnya hulubalang kedua itu semuanya habis dapat ditangkap oleh rakyat;

5. menerima atau memetik (siaran radio dan lain-lain)):
pembicaraan ini dapat ditangkap melalui mikrofon kita yang tersembunyi;

6. menerima atau dapat mengerti (memahami, mengetahui, dan lain-lain):
dia masih tidak dapat ~ maksud kata-kata pengemis itu;

7. mencerap (dengan pancaindera), menanggap:
hanya beberapa orang yang dapat ~ maksud kata-katanya;

8. memberi hasil, mengena (pancing, jerat, dan lain-lain):
kailnya tidak ~;
~ angin
ki tidak mendapat hasil sedikit jua pun;
~ bayang-bayang sia-sia sahaja;

menangkapi menangkap berkali-kali, menangkap banyak-banyak, banyak yang ditangkap:
semua penjahat perang ditangkapi;

menangkapkan menangkap sesuatu untuk orang lain;

tertangkap sudah ditangkap, terdapat, terkena (jerat dan lain-lain), tertahan, tertawan;
~ basah = ~ tangan ditangkap (diketemui) sedang melakukan sesuatu (biasanya kejahatan);
~ muka bertemu muka dengan tiba-tiba;

tangkapan
1. apa yang ditangkap, pendapatan menangkap, mangsa, tahanan:
telinganya menangkap sesuatu yang menarik hati, tetapi ~ itu kurang jelas;

2. dalam keadaan tertangkap, dalam tahanan:
selepas daripada ~, aku sedar bahawa perjuangan kita hanya perjuangan kosong sahaja;

ketangkapan (kena) penyakit yang datang dengan mengejut (dan boleh menyebabkan orang yang menghidapinya mati), apopleksia;

penangkapan perihal menangkap, pemegangan, penahanan, dan lain-lain:
pakatan sulit itu gagal dan ~ beramai-ramai telah dijalankan;

penangkap
1. orang yang menangkap;
~ ikan nelayan;

2. alat untuk menangkap;
~ suara alat untuk menerima suara;

sepenangkap sehasta (dari siku hingga ke buku jari).

tangkal

= penangkal sesuatu yang digunakan untuk menolak bala (penyakit, hantu, jin, dan lain-lain), azimat:
~ bisa;
~ jin;
~ sawan;
~ sehari bulan
azimat yang berbentuk bulan sabit (daripada emas, perak) yang digantungkan di leher kanak-kanak;
~ pet

tangkai I

1. gagang pada buah (bunga dan lain-lain):
buah itu mempunyai ~ yang pendek;
~ daun;

2. batang pokok tumbuhan yang kecil-kecil:
~ kecambah;

3. penjodoh bilangan untuk bunga:
se~ bunga;

4. tempat memegang sesuatu alat, batang (cangkul, tombak, dan lain-lain), gagang, hulu (pisau dan lain-lain):
~ cangkul;
~ bedil
gagang bedil;
~ cerek tampuk cerek;
~ dayung batang dayung;
~ embun ki sesuatu yang tidak kukuh;
~ hati ki kekasih;
~ jering = ~ kering ki orang yang kedekut;
~ pena gagang pena;
~ timba pemegang timba;
~ tombak batang tombak;

bertangkai mempunyai atau memakai tangkai:
dia hanya sempat mengutip buah rambutan yang ~ sahaja;
senduk kayu yang ~ panjang digunakan untuk mengacau jem.

tangis II

~
(tangisan) burung sejenis tumbuhan (pokok renek), akar cincin, akar kuayah, akar membur, akar tulang daeng, akar (se)nyamuk, akar tukar, akar tupai-tupai, hisap nanah, Connarus semidecandrus.

tangis I

mencucurkan air mata dengan sedu-sedan untuk melahirkan perasaan sedih (pilu dan lain-lain):
~nya timbul dengan tiba-tiba;

bertangisan, bertangis-tangisan saling melahirkan perasaan sedih (pilu dan lain-lain) dengan mengeluarkan air mata dan sedu-sedan:
mereka dapat mengenali satu sama lain dan bertangis-tangisanlah sebab sukacitanya;

menangis melahirkan perasaan duka dan lain-lain dengan mencucurkan air mata dan sedu-sedan dan lain-lain:
ia masih gementar ketakutan dan ~ sedan-sedan;
~ daun bangun-bangun hendak sama dengan hilir air
(peribahasa) perbuatan yang sia-sia hendak menyamai orang lain yang lebih daripadanya;
dipujuk ia ~ ditendang ia tertawa (peribahasa) orang yang baru bekerja dengan baik dan sempurna sesudah ia dimarahi;

menangisi
1. menangis pada, menangis akan:
apakah Halimah sudah tertidur atau masih ~ adiknya;

2. ki menyesali, bersedih hati kerana:
~ kehormatannya yang telah hilang;

menangiskan
1. menangis kerana (tentang), menyayangkan, menyesalkan:
janganlah tuanku, kiranya, tersangat ~ orang yang pergi ke hutan;

2. menyebabkan menangis, sengaja menangis:
apa ditangiskan budak-budak itu?

mempertangis menjadikan menangis (dengan memukul dan lain-lain):
sayang akan anak dipertangis, sayang akan bini ditinggalkan;

tangisan apa yang ditangisi (diingini dan lain-lain), tangis:
dia tidur kini walaupun berapa kuat ~ isterinya;

penangis (orang yang) mudah atau suka menangis:
~ benar budak itu.