tangkap

~ basah ditangkap ketika seseorang sedang melakukan kesalahan (khasnya dalam kes khalwat);
~
buta ki menuduh orang dengan sembarangan sahaja;
~ gambar mengambil gambar;
~ gunting sejenis gerakan untuk mengenakan lawan dalam silat;
~ lelong membeli barang yang dilelong;
~ muat mengambil mana yang sempat (ada) sahaja;
~ wap tidak berhasil atau sia-sia sahaja (perbuatan);

bertangkap [sastera lama] berkelahi seorang melawan seorang, bergelut, bergomol, bergusti:
kedua-duanya ~, bergigit sama bercucuran darah;

bertangkap-tangkapan saling bertangkap (bergelut):
dua ekor harimau yang tengah ~ dengan hebat;

menangkap
1. memegang sesuatu dengan tangan atau alat, memegang sesuatu yang bergerak cepat dan lain-lain (dan tidak melepaskannya), memerangkap binatang dan sebagainya:
sukar untuk ~ harimau;
tempat ~ ikan;

2. menadah atau menyambut barang yang bergerak cepat atau yang dilemparkan:
kamu dapati susah sangat hendak ~ bola apabila sebelah mata kamu ditutup;

3. mendatangi (menemui dan sebagainya) dan menahan orang yang berbuat kejahatan (melakukan perbuatan jenayah dan lain-lain), memberkas:
sebaik-baik dia membuangkan pistolnya sahaja, mata-mata gelap itu ~nya;

4. mengambil sebagai tawanan, menawan:
maka lasykarnya hulubalang kedua itu semuanya habis dapat ditangkap oleh rakyat;

5. menerima atau memetik (siaran radio dan lain-lain)):
pembicaraan ini dapat ditangkap melalui mikrofon kita yang tersembunyi;

6. menerima atau dapat mengerti (memahami, mengetahui, dan lain-lain):
dia masih tidak dapat ~ maksud kata-kata pengemis itu;

7. mencerap (dengan pancaindera), menanggap:
hanya beberapa orang yang dapat ~ maksud kata-katanya;

8. memberi hasil, mengena (pancing, jerat, dan lain-lain):
kailnya tidak ~;
~ angin
ki tidak mendapat hasil sedikit jua pun;
~ bayang-bayang sia-sia sahaja;

menangkapi menangkap berkali-kali, menangkap banyak-banyak, banyak yang ditangkap:
semua penjahat perang ditangkapi;

menangkapkan menangkap sesuatu untuk orang lain;

tertangkap sudah ditangkap, terdapat, terkena (jerat dan lain-lain), tertahan, tertawan;
~ basah = ~ tangan ditangkap (diketemui) sedang melakukan sesuatu (biasanya kejahatan);
~ muka bertemu muka dengan tiba-tiba;

tangkapan
1. apa yang ditangkap, pendapatan menangkap, mangsa, tahanan:
telinganya menangkap sesuatu yang menarik hati, tetapi ~ itu kurang jelas;

2. dalam keadaan tertangkap, dalam tahanan:
selepas daripada ~, aku sedar bahawa perjuangan kita hanya perjuangan kosong sahaja;

ketangkapan (kena) penyakit yang datang dengan mengejut (dan boleh menyebabkan orang yang menghidapinya mati), apopleksia;

penangkapan perihal menangkap, pemegangan, penahanan, dan lain-lain:
pakatan sulit itu gagal dan ~ beramai-ramai telah dijalankan;

penangkap
1. orang yang menangkap;
~ ikan nelayan;

2. alat untuk menangkap;
~ suara alat untuk menerima suara;

sepenangkap sehasta (dari siku hingga ke buku jari).

berkongsi