bekas berdinding tebal, berpenutup, dan digunakan untuk mensterilkan alat-alatan perubatan.
Category Archives: Kamus Dewan Online
autokiu
alat yang memaparkan skrip (tidak dapat dilihat oleh penonton) yang boleh dibaca oleh seseorang semasa rakaman rancangan televisyen, misalnya siaran berita atau ucapan di khalayak ramai.
autokarpa
(Biologi) buah yang terhasil daripada penswasenyawaan, misalnya buah manggis.
autografi
1. penulisan tentang sesuatu yang dibuat dengan tulisan tangan penulisnya sendiri;
2. penghasilan semula sesuatu ilustrasi atau tulisan.
autograf
1. tandatangan seseorang, biasanya orang yang terkenal;
2. = buku ~ buku kecil untuk menyimpan tandatangan orang yang terkenal atau kata-kata nasihat dan sebagainya oleh sahabat handai untuk kenang-kenangan;
3. naskah (manuskrip) asal yang ditulis tangan oleh pengarangnya sendiri.
autogiro
pesawat udara yang menggunakan kipas untuk menghasilkan daya angkat tanpa menggunakan enjin.
autogami
(Biologi) pensenyawaan sendiri oleh tumbuhan berbunga.
autofokus
dapat memfokuskan sesuatu objek secara automatik (berkenaan (dengan) kanta kamera):
kamera ~.
autobis
[Indonesia-Belanda] bas.
autobiografi
riwayat hidup yang ditulis sendiri.