autonomi

pemerintahan (pentadbiran,pengurusan) sendiri, hak mengurus pemerintahan (pentadbiran dan sebagainya) sendiri (tanpa penguasaan atau pengendalian oleh pihak lain);

berautonomi mempunyai autonomi, mempunyai hak atau kuasa sendiri:
sebuah institusi penyelidikan yang ~ dan bebas mengenai perpaduan kaum hendaklah ditubuhkan;
jelas bahawa rancangan Amerika adalah untuk mewujudkan sebuah wilayah Palestin ~ dan bukannya sebuah negara Palestin.

autonom

[Indonesia-Belanda] mengurus (mengendalikan) pemerintahan dan sebagainya sendiri.

automatik

berkenaan sesuatu yang bergerak atau melakukan sesuatu dan sebagainya dengan sendirinya (alat, mesin, dan sebagainya);
secara ~
a) dengan sendirinya, dengan (hampir) tidak perlu dikendalikan oleh tenaga manusia (berkenaan (dengan) alat, mesin, dan sebagainya), dilaksanakan (hampir) sepenuhnya dengan penggunaan alat-alat tertentu dan bukan tenaga manusia (berkenaan (dengan) kerja dan sebagainya);
b) dengan tidak berfikir-fikir dan sebagainya terlebih dahulu (berkenaan (dengan) sesuatu tindakan dan sebagainya);

c) dengan tidak perlu dilakukan (diuruskan, diselesaikan, dan sebagainya) sesuatu terlebih dahulu (berkenaan (dengan) kedudukan, perjalanan, dan sebagainya sesuatu);

mengautomatikkan menjadikan sesuatu automatik;

pengautomatikan perihal (proses, tindakan dan sebagainya) menjadikan sesuatu automatik.

automasi

sistem pelaksanaan tugas serta alat automatik yang pada keseluruhannya membolehkan pelbagai aspek dan proses kerja dilakukan dengan sedikit sahaja atau sama sekali tidak memerlukan tenaga manusia:
tahun-tahun lapan puluhan pula memperlihatkan bank memberikan penekanan terhadap penggunaan komputer dan ~;

mengautomasikan menjadikan sesuatu sistem (proses dan sebagainya) berjalan secara automasi:
beberapa langkah sedang diambil untuk ~ sistem pengeluaran yang sedia ada;

pengautomasian perihal atau proses mengautomasikan:
~ Pusat Sumber Sekolah.

autokratik

berasaskan atau mempunyai kuasa penuh (berkenaan (dengan) pemerintah, pemerintahan, pengurusan, dan sebagainya):
amalan pengurusan yang berbentuk ~ dan birokratik.

autokrasi

1. pemerintahan oleh orang atau individu yang mempunyai kuasa penuh (tidak terhad);

2. negara yang diperintah oleh individu yang mempunyai kuasa penuh.