(Perancis) bersifat baru dan progresif (berkenaan (dengan) idea, kesenian, kesusasteraan dan sebagainya):
sebuah lukisan ~.
Category Archives: Kamus Dewan Online
auzubillah
[Arab] aku berlindung kepada Allah daripada kejahatan atau bencana (biasanya daripada iblis dan syaitan).
autosom
(Biologi) semua kromosom yang terdapat di dalam nukleus sel kecuali kromosom yang menentukan jantina sesuatu organisma.
autoriti
1. kuasa atau hak (untuk memberi perintah, mengawal, membuat keputusan, dan sebagainya):
beliau mempunyai ~ untuk mewujudkan dan menetapkan hukum;
2. sumber (orang, buku, dan sebagainya) sebagai sumber maklumat tentang sesuatu yang boleh diterima atau dipercayai:
kamus merupakan salah satu ~ yang sahih dalam kajian ini;
berautoriti mempunyai autoriti.
autoritatif
1. diiktiraf (diakui, diterima) sebagai yang benar atau yang boleh dipercayai dan dijadikan pegangan:
pada umumnya kecekapan sesuatu bahasa itu terpancar dalam kamus yang ~ dalam bahasa yang berkenaan;
makalah yang ~ tentang masalah yang dihadapi peniaga-peniaga kecil;
2. (penuh) berkuasa, berwibawa.
autoritarianisme
faham (pendirian, prinsip, dan sebagainya) yang mengutamakan taat setia kepada pihak yang berkuasa di sesebuah negara.
autoritarian
1. berpegang teguh pada peraturan dan undang-undang;
2. orang yang percaya akan ketaatan sepenuhnya terhadap autoriti.
autopsi
(Perubatan) pembedahan dan pemeriksaan mayat untuk menentukan atau mengetahui sebab-sebab kematian;
mengautopsi melakukan autopsi.
autoplasti
(Perubatan) penggantian tisu yang rosak kerana cedera, berpenyakit dan sebagainya, dengan tisu yang diambil daripada bahagian lain tubuh pesakit itu sendiri.
autoped
[Indonesia-Belanda] basikal yang disorong dengan kaki (permainan anak-anak).