sejenis kapak yang matanya melintang (perkakas tukang kayu);
bagai ~ dengan asahan (peribahasa) sangat ikrab;
bertemu ~ dengan ruyung (peribahasa) kuat sama kuat (berani sama berani);
hilang jasa ~, timbul jasa rimbas (peribahasa) hilang jasa seseorang kerana orang lain;
kilat ~ sudah di kaki, kilat pisau sudah ke tangan (peribahasa) hujung kata atau kias perkataan itu dikenali oleh orang yang bijaksana.
Category Archives: Kamus Dewan Online
belitung
sejenis ikan laut, golok, Coryphaena hippurus;
siput ~ sejenis siput, Cerithidea obtusa.
belit
1. lilit (lingkaran tali, ular, dan lain-lain);
2. belok-belok, kelok-kelok (jalan, sungai, dan lain-lain);
putar ~ = pusing ~ = belat-~ [bahasa percakapan] berputar-putar (tidak jujur);
berbelit berlilit: seekor ular ~ di dahan itu;
berbelit-belit
1. berlilit-lilit:
sulur-suluran ~ pada tiang pagar itu;
2. berkelok-kelok, berpusing-pusing:
jalan ke pergunungan itu sangat ~;
3. berjalin-jalin, bersambung-sambung, bersangkut paut, kacau:
fikiran yang timbul begitu kusut, yang datang berkacau-kacau, ~;
membelit
1. melilit, melingkar:
di pergelangan tangannya ~ dua urat gelang halus;
2. membebat, melibat, menjebak:
dengan jalan begini mereka hendak ~ anak negeri supaya dapat diperhambakan;
membeliti melingkari, mengelilingi:
sebuah jalan ~ kawasan itu;
membelitkan melilitkan (sesuatu):
anak gajah itu ~ belalainya pada ekor ibunya;
terbelit
1. terlilit, terlingkar;
2. terbebat, terjebak, terlibat;
belitan hasil daripada membelit (melilit), lilitan, lingkaran:
membuka ~ tali pada tiang itu;
pembelit
1. tali (kain dan sebagainya) yang digunakan untuk membelit sesuatu;
2. [kiasan] penipu, pendusta:
kau memang manusia kejam, tidak setia, penipu, dan ~.
belir
[Perak] berlebih-lebih, melewati batas.
belintang
lintang;
berbelintang, berbelintangan terletak melintang:
pokok kayu itu ~ di tengah jalan;
membelintangkan meletakkan melintang:
~ papan di jambatan;
terbelintang terlintang.
belintan
[Perlis] sejenis pisau besar.
belinjo
[Indonesia]
1. belinjau;
2. [bahasa percakapan] peluru (senapang, pistol, dan lain-lain).
belinjau
sejenis tumbuhan (pokok dan buahnya), belingar, Gnetum gnemon;
emping ~ emping yang dibuat daripada buah belinjau.
belingut
[arkaik];
terbelingut tergeliat, terpecok.
belingkang
[arkaik];
terbelingkang bergelimpang.