membelingas memandang tidak tetap (kerana kecemasan dan lain-lain):
matanya ~.
Category Archives: Kamus Dewan Online
beling
1. [Indonesia] pecahan kaca (barang pecah belah);
2. tembikar, barang pecah belah.
belindan
[Kelantan] kayu atau batu segi empat bujur yang diletakkan di atas kubur.
belin
sejenis ikan laut, belut moray, tuna, Echidna spp., Lycodontis spp., Muraena spp.
belimbing
1. sejenis tumbuhan (pokok dan buahnya);
jenis-jenisnya:
~ batu = ~ manis = ~ sayur = ~ segi, Averrhoa carambola;
~ besi = ~ buluh sejenis belimbing (buahnya kecil-kecil, masam rasanya dan biasanya digunakan dalam masakan), Averrhoa bilimbi dan lain-lain;
2. bersanding-sanding (menurut panjangnya seperti belimbing):
awan ~.
beliku
selekoh (sungai dan lain-lain), kelok;
liku I.
belikat
= tulang ~ sepasang tulang berbentuk segi tiga (leper) yang terdapat pada bahagian belakang bahu.
belikas
gulungan benang;
likas.
beligo, beligu
[Jawa] sejenis tumbuhan (pokok memanjat dan buahnya), Benincasa cerifera.
beligat
bahagian alat tenun yang dipasang untuk menegangkan benang loseng.