belot

= berbelot, membelot
1. berpihak kepada musuh (menderhaka):
orang yang telah ~ akan dipecat daripada jawatannya;

2. berlaku tidak setia (tidak jujur), berpaling hati:
ia tidak mahu mengenang-ngenangkan lagi kisah ~ terhadap isteri tuanya;

3. meninggalkan agama dan lain-lain, murtad:
dia telah ~ daripada ajaran Islam;

pembelotan perbuatan membelot,penderhakaan;

pembelot orang yang mengkhianati (orang lain dan lain-lain), penderhaka:
di hadapan kita ini ada dua orang ~ yang telah menyamar diri ke dalam kumpulan kita.

belon

1. bola daripada getah tipis yang diisi dengan udara, digunakan sebagai mainan kanak-kanak atau hiasan;

2. bola besar yang diisi dengan udara panas atau gas yang lebih ringan daripada udara untuk dinaikkan dan diapungkan di udara, biasanya ada bakul besar untuk membawa penumpang dan sebagainya.

belonggok sejenis tumbuhan (pokok), gajus hutan, medang kapas, medang tahi ayam, medang tanduk, Alseodaphne peduncularis.

belolok

buah enau, buah kabung, beluluk;
dengar kata enggang, makan buah ~ (peribahasa) jangan suka mendengar hasutan orang nanti mendapat kesukaran.