larva rama-rama atau kupu-kupu, ulat bulu.
Category Archives: Kamus Dewan Online
belumpai
[arkaik] belum sampai, belum pernah.
belum
masih tidak, lawan sudah:
kakaknya ~ bersuami;
budak itu ~ ada;
~ lagi masih belum;
~ lama ini baru-baru ini;
~ disuruh sudah pergi, ~ dipanggil sudah datang (peribahasa) orang yang faham akan maksud sesuatu isyarat;
~ duduk sudah berlunjur (peribahasa) perbuatan yang melampaui had (melakukan pekerjaan yang sebenarnya belum sampai lagi masanya);
sebelum sewaktu belum, pada waktu belum:
~ mandi pagi, dia bersenam;
kita seharusnya berusaha ~ terlambat.
beluluk
[Jawa]
1. putik buah kelapa, mumbang;
2. buah enau, belolok.
belulang
1. kulit yang kering (keras) dan tidak disamak, kapal;
~ kering = tinggal tulang ~ kurus kering;
2. kulit yang tebal dan keras (pada tangan dan lain-lain):
kerana banyak memikul, terdapat ~ pada bahunya;
berbelulang berkulit tebal dan keras, kapalan:
telapak tangannya kesat dan ~.
belukut
[arkaik] melukut, lemukut.
beluku
[Jawa] [arkaik] bajak, tenggala;
bintang ~ [arkaik] bintang belantik.
belukar
tanah yang ditumbuhi pokok-pokok kecil, hutan kecil;
hutan ~ hutan kecil;
~ sudah menjadi rimba (peribahasa) kesalahan yang tidak dapat diperbaiki lagi;
bersesapan ~ (peribahasa) pekerjaan yang tidak sempurna.
belukap
= bakau ~ sejenis tumbuhan (pokok), bakau hitam, bakau jangkar, Rhizophora mucronata.
belukang
bedukang.