bendahara

1. [sastera lama] orang yang memegang harta benda kerajaan;

2. perdana menteri, wazir;

3. menteri dalam permainan catur;

perbendaharaan
1. khazanah (tempat simpanan harta benda negara):
pejabat ~;

2. kekayaan (harta benda, barang-barang, dan lain-lain):
jika laksamana itu hidup, seumpama kita mendapat ~ di muka bumi;
Imam Hanafi, Maliki, Shafii telah meninggalkan ~ hukum atau undang-undang yang amat banyak kepada kita;
~ kata-kata Melayu
keseluruhan kata-kata Melayu.

benda

1. barang:
~ apa yang diletakkannya di atas meja itu?

2. barang yang berharga, harta:
harta ~;

3. setiap yang dapat diraba dan dilihat, jasad;
~ hidup segala yang hidup;

4. [bahasa percakapan] hal, peristiwa, kejadian:
apa ~;
tidak ada ~;
~ cair benda yang berubah bentuk menurut tempatnya;
~ galian bahan (benda) yang diambil dari dalam tanah;
~ mati benda yang tidak bernafas (bergerak dan lain-lain);
~ rencam benda yang terdiri lebih daripada satu jenis jirim;
~ rentung benda yang telah menjadi arang;
~ tara benda yang dijadikan ukuran (dan lain-lain), piawai;
~ tunggal benda yang terdiri daripada satu jenis jirim;

berbenda [arkaik] berharta, berada, kaya;

membendakan menjadikan (menganggap) benda;

kebendaan
1. segala yang berupa benda (barang berharga dan lain-lain):
masyarakat yang gila ~;

2. bersifat (berupa) benda:
keperluan ~;
memberi sokongan semangat dan ~;

3. bersifat gila akan harta benda:
manusia sekarang terlalu ~;

perbendaan perihal mengumpulkan barang-barang (harta benda dan lain-lain).

benci-membenci

saling menaruh perasaan benci terhadap satu sama lain:
sikap ~ ini memang ditegah oleh Islam;
apabila kasih telah terjalin, hilanglah rasa ~ antara satu sama lain;

kebenci [Minangkabau] ubat dan lain-lain untuk menjadikan benci:
dicarikannya pekasih atau ~ kian kemari, dituntutnya ilmu sihir kepada dukun-dukun yang pandai;

kebencian
1. perihal benci (rasa, sifat benci):
lama-lama ~ itu hilang begitu saja;

2. sesuatu yang dibenci;

pembenci
1. orang yang membenci;

2. sesuatu untuk membuat orang benci:
ubat ~.

bencana

1. (mara) bahaya, kecelakaan:
melihat ~ yang menimpa lombong itu seram bulu tengkuk kami;
~ alam
bencana kerana air bah (gempa, angin ribut, dan lain-lain);

2. kesukaran, pengkhianatan, penipuan:
banyak orang takut padanya, tetapi ia tidak berbuat ~;
hendak seribu daya, benci seribu ~
(peribahasa) membuat sesuatu dengan kemahuan sendiri lebih mudah dikerjakan daripada kebalikannya;

membencanai [arkaik] menyukarkan, mengkhianati, menipu;

membencanakan membuat (membawa) bencana;

kebencanaan sesuatu yang mendatangkan bencana, kecelakaan:
humanisme Barat yang mendatangkan ~ dalam kesenian dan ilmu pengetahuan.

bencah

tanah yang berlumpur, paya:
banyak sekali ~ di pantai sebelah Barat;
sawah ~
sawah yang diairi;

berbencah, berbencah-bencah berpaya(-paya):
tanah di belakang rumahnya ~.