berkelium

(Kimia) sejenis unsur logam radioaktif dalam siri aktinid yang diperoleh daripada pembedilan amerisium dengan ion helium.

berkat

1. rahmat, restu, sempena:
hai anakku, hendaklah kau ingatkan wasiatku ini supaya diberi Allah engkau ~;
mengambil ~;

2. dengan pengaruh (akibat, sebab), sebagai hasil (manfaat dan sebagainya) daripada:
dia mencapai kedudukan itu ~ ketekunannya;

3. mujur, berbahagia:
dalam bulan puasa yang ~ ini, kita meminta doa kepada Allah;
~ afwah
= ~ tuah dengan afwah (tuah);

memberkati memberi sempena (rahmat, restu):
semoga engkau diberkati Tuhan dalam penghidupanmu;
sami itu ~ mereka dengan membaca mantera;

keberkatan sesuatu amalan yang mendatangkan berkat.

berkas I

ikatan atau susunan (kayu api, lidi, surat, dan lain-lain):
membeli beberapa ~ kayu api;
~ pembuluh
gabungan saluran yang mengalirkan bahan makanan ke seluruh bahagian tumbuhan;

memberkas
1. mengikat menjadi satu ikatan:
tebu itu diberkas dalam ikatan sepuluh-sepuluh;

2. [kiasan] menangkap, menahan:
perintah dikeluarkan supaya orang itu dihendap dan diberkas;

memberkaskan mengikatkan:
basikal kami diberkaskan di belakang motokar;

terberkas terikat dalam satu ikatan, tergabung;

pemberkasan
1. perbuatan memberkas (mengikat);

2. perbuatan memberkas (menangkap, menahan, dan sebagainya), penangkapan:
dalam ~ ini, terlibat juga beberapa ahli parlimen.

beritahu

memberitahu memberi khabar kepada seseorang supaya tahu, memaklumi:
ia ~ tiap-tiap orang tempat penginapan masing-masing;

memberitahukan memberitakan, memaklumkan:
ia tidak ~ hal ini kepada sesiapa pun;

pemberitahuan
1. perihal memberitahukan;
perbuatan (tindakan dan sebagainya) memaklumkan (mengumumkan dan sebagainya);

2. maklumat, kenyataan, pengumuman:
~ mesyuarat agung Persatuan Linguistik Malaysia;

pemberitahu orang yang memberitahu.

berita

1. maklumat mengenai sesuatu kejadian (peristiwa, diri sendiri, dan lain-lain) yang disampaikan (sama ada secara lisan atau dengan surat dan sebagainya), khabar, warta:
semenjak itu tidak pernah saya lihat wajah suami saya, malah mendengar ~nya pun tidak pernah;

2. siaran atau penyampaian berita (melalui televisyen atau radio);
~ acara laporan berkenaan sesuatu perkara;
~ angin khabar yang belum pasti, desas-desus;
~ kawat berita yang diterima melalui kawat (telegram);
~ negara majalah kerajaan yang rasmi;
~ perdana berita yang disiarkan pada waktu siaran yang dianggap terpenting (kerana ramai dijangka mendengar radio atau menonton televisyen pada waktu itu);
~ sepekan majalah mingguan;

berberita [sastera lama] mengkhabarkan, memberitahukan:
setelah Sultan Abdul Jamal mendengar titah Laksamana itu, maka titah baginda: Siapa yang ~ ke Melaka?;

memberitakan mengkhabarkan, melaporkan, memberitahukan:
Jepun ~ bahawa kapalnya itu sudah tenggelam;

pemberitaan
1. perihal mengkhabarkan:
kami pelajari cara-cara ~ akhbar itu;

2. maklumat, laporan, siaran:
kami berterima kasih atas ~mu;

3. [arkaik] laporan mengenai sesuatu perkara;

pemberita orang yang memberitakan, juruberita, juruwarta:
Perdana Menteri berkata demikian ketika ditemui oleh ~-~ akhbar.