sejenis tumbuhan (pokok), belian, Palaquium spp.
Category Archives: Kamus Dewan Online
betis I
bahagian berisi di belakang kaki di bawah lutut (antara lutut dan buku lali);
buah ~ = jantung ~ = perut ~ daging di belakang tulang kering, anjing-anjing;
tulang ~ tulang kering (antara lutut dan kaki);
diberi ~, hendak paha (peribahasa) diberi sedikit, hendak banyak;
membetis berjalan kaki:
setiap hari dia ~ ke sekolah.
beting
timbunan pasir yang besar dan panjang di muara (di laut dan lain-lain):
~ ini menjadi halangan kepada pelayaran di sungai;
berbeting mempunyai beting:
muara sungai itu ~;
membeting merupakan beting;
terbeting terdampar di beting.
betina
1. binatang yang melahirkan anak atau mengeluarkan telur:
kuda ~;
ayam ~;
2. bahagian tumbuh-tumbuhan yang memutikkan buah;
3. [bahasa percakapan] panggilan kesat kepada wanita yang kelakuannya menyimpang daripada norma masyarakat:
memang kau ~ pisau cukur;
4. lawan jantan:
embun ~;
kasau ~;
ketam ~;
kokmot ~;
baik jadi ayam ~ supaya selamat (peribahasa) tidak usah kita menunjukkan keberanian kita kerana kelak mendatangkan mudarat;
kebetinaan perihal (sifat) betina.
betika
semangka, tembikai.
betik III
bintik;
berbetik-betik berbintik-bintik.
betik II
[Minangkabau];
terbetik tersiar (berita dan lain-lain):
pernah juga ~ berita bahawa dia telah mati dibunuh.
betik I
sejenis tumbuhan tropika (pokok dengan buahnya), yang isi buahnya berwarna kuning atau jingga dan sedap dimakan, papaya;
~ belulang = ~ bubur = ~ rambai sejenis betik, Carica spp.
beti-beti
hamba raja yang terdiri daripada kaum perempuan.
beti II
= tanda ~ bukti yang dapat dilihat (berkenaan (dengan) kesalahan dan lain-lain);
terbeti terbukti, ada bekasnya:
sah kata adat, apabila tertanda ~.