sejenis tumbuhan (pokok), Eurya japonica.
Category Archives: Kamus Dewan Online
betutu I
sejenis ikan darat, Barbichthys laeris.
betung III
sejenis ikan laut, songsong laut, selar papan, selar malam, Alepes melanoptera.
betung II
katak ~ sejenis katak yang kuat bunyinya;
bagaimana hari takkan hujan, katak ~ dalam telaga berteriak selalu (peribahasa) selalu pergi ke rumah orang dengan tidak berhad tentu mempunyai maksud yang tersembunyi.
betung I
1. besar:
buluh ~;
katak ~;
2. = buluh ~ sejenis buluh yang besar, Dendrocalamus asper;rumput ~ sejenis tumbuhan (rumput bergetah), rumput getah (jernang, tawar, udang), Daemonorhops didymophyllus;
tebu ~ sejenis tebu besar;
~ ditanam aur tumbuh (peribahasa) diharapkan yang baik, kiranya dapat yang buruk;
~ bulat tak bersegi, pipit jantan tak bersarang (peribahasa) orang (anak bujang atau orang dagang) yang bebas dan tidak ada ikatan apa-apa;
bagai membelah ~ = memijakkan ~ sebelah (peribahasa) tidak adil atau berat sebelah (berkenaan (dengan) pendirian dan lain-lain);
bereda (berteduh) di bawah ~ (peribahasa) pertolongan yang tidak memadai;
membetung membuat atau membubuh paip untuk saluran air (najis dan lain-lain);
pembetungan
1. kerja-kerja membetung;
2. sistem penyaliran najis, air kumbahan dan sebagainya ke loji pemprosesannya melalui rangkaian longkang atau saluran bawah tanah:
Kerajaan Pusat memutuskan untuk menswastakan perkhidmatan sistem ~ di seluruh negara;
pembetung
1. sesuatu yang berbentuk panjang, bulat dan berongga di dalamnya seperti buluh untuk menyalurkan air dan sebagainya:
bulat air kerana ~, bulat kata kerana muafakat;
2. saluran atau parit daripada konkrit dan lain-lain bawah tanah yang merentasi jalan raya atau landasan kereta api:
masalah kekurangan ~ dikenal pasti sebagai punca banjir di landasan kereta api itu setiap kali hujan lebat;
3. saluran paip bawah tanah untuk menyalirkan najis, kumbahan dan sebagainya ke loji pemprosesan dan sebagainya:
mereka perlu menanggung kos membaiki ~ najis yang tersumbat itu.
betul
1. benar, tidak salah:
barangkali ~ kata engkau itu;
2. tepat, langsung:
buah itu jatuh ~ di atas kepala saya;
pukul satu ~;
3. sungguh, sangat:
dia sudah gila ~;
~lah budak ini;
4. sejati, tulen:
dua lagi orang Melayu ~ menjadi broker;
bongkok baru ~, (buta baru celik) (peribahasa) angkuh atau sombong kerana beroleh kekayaan atau pangkat;
sebetulnya sebenarnya, sesungguhnya, nyata:
itu ~ begitu;
betul-betul
1. benar-benar, sungguh-sungguh:
demokrasi ~ diamalkan di sini;
2. sudah sempurna, cukup, benar-benar:
biarkan air itu mendidih dan ~ masak;
gaulkan ramuan itu sehingga ~ sebati;
3. tepat benar:
dia berdiri ~ di hadapan saya;
4. dengan baik dan sempurna, elok-elok:
sikat rambutmu ~ supaya kelihatan kemas;
berbetul ark
1. membaiki, merapikan (pakaian, sanggul, dan lain-lain):
Tun Tuah pun tersangkut pada tirai paseban itu, lalu ~;
2. sesuai, cocok:
beta hendak pertaruhkan diri beta yang dagang ini kepada anak raja itu, tetapi jikalau sudah ~ pada fikiran nenek;
berbetulan bertepatan (dengan), selaras (dengan), sesuai (dengan):
letakkan mata gergaji itu ~ dengan tebal kayu yang hendak dibelah;
membetuli
1. menujui, mengarahkan, mengenai sasaran:
Panji Semirang pun segeralah mengambil anak panahnya, dikenakan pada ibunya, lalu dibetuli dan dilepaskan;
2. membaiki:
sambil bangun ia ~ kain sarungnya;
membetulkan
1. membaiki (kerosakan, kesalahan, dan lain-lain):
ia ~ duduknya;
~ ejaan yang salah;
~ jam tangannya;
2. membenarkan, menganggap betul:
pembunuh itu ~ segala tuduhan;
kebetulan
1. dengan tidak sengaja, dengan tidak disangka-sangka:
cerita ini berdasarkan pengembaraan dan peristiwa-peristiwa ~;
2. keadaan (kejadian) yang terjadi secara tidak diduga:
ini satu ~ saja;
3. tepat atau kena benar (dengan tidak sengaja), pada ketika yang sama (dengan):
saya ~ ada di sana ketika ia mengucapkan kata-kata itu;
berkebetulan bersamaan masanya (halnya dan lain-lain):
Louis Braille ~ buta sewaktu ia berumur tiga tahun;
pembetulan perihal (perbuatan, kerja, dan sebagainya) membetulkan:
~ kesalahan itu boleh dibuat nanti.
betuk II
hangus oleh api.
betuk I
sejenis ikan darat, puyu, Anabas scandens.
betot
[Jakarta];
membetot mencabut (dengan paksa), menarik.
beton
[Indonesia-Belanda] konkrit (dinding dan lain-lain);
~ bertulang beton yang dikuatkan dengan besi di dalamnya.