1. besar:
buluh ~;
katak ~;
2. = buluh ~ sejenis buluh yang besar, Dendrocalamus asper;rumput ~ sejenis tumbuhan (rumput bergetah), rumput getah (jernang, tawar, udang), Daemonorhops didymophyllus;
tebu ~ sejenis tebu besar;
~ ditanam aur tumbuh (peribahasa) diharapkan yang baik, kiranya dapat yang buruk;
~ bulat tak bersegi, pipit jantan tak bersarang (peribahasa) orang (anak bujang atau orang dagang) yang bebas dan tidak ada ikatan apa-apa;
bagai membelah ~ = memijakkan ~ sebelah (peribahasa) tidak adil atau berat sebelah (berkenaan (dengan) pendirian dan lain-lain);
bereda (berteduh) di bawah ~ (peribahasa) pertolongan yang tidak memadai;
membetung membuat atau membubuh paip untuk saluran air (najis dan lain-lain);
pembetungan
1. kerja-kerja membetung;
2. sistem penyaliran najis, air kumbahan dan sebagainya ke loji pemprosesannya melalui rangkaian longkang atau saluran bawah tanah:
Kerajaan Pusat memutuskan untuk menswastakan perkhidmatan sistem ~ di seluruh negara;
pembetung
1. sesuatu yang berbentuk panjang, bulat dan berongga di dalamnya seperti buluh untuk menyalurkan air dan sebagainya:
bulat air kerana ~, bulat kata kerana muafakat;
2. saluran atau parit daripada konkrit dan lain-lain bawah tanah yang merentasi jalan raya atau landasan kereta api:
masalah kekurangan ~ dikenal pasti sebagai punca banjir di landasan kereta api itu setiap kali hujan lebat;
3. saluran paip bawah tanah untuk menyalirkan najis, kumbahan dan sebagainya ke loji pemprosesan dan sebagainya:
mereka perlu menanggung kos membaiki ~ najis yang tersumbat itu.