betul

1. benar, tidak salah:
barangkali ~ kata engkau itu;

2. tepat, langsung:
buah itu jatuh ~ di atas kepala saya;
pukul satu ~;

3. sungguh, sangat:
dia sudah gila ~;
~lah budak ini;

4. sejati, tulen:
dua lagi orang Melayu ~ menjadi broker;
bongkok baru ~, (buta baru celik)
(peribahasa) angkuh atau sombong kerana beroleh kekayaan atau pangkat;

sebetulnya sebenarnya, sesungguhnya, nyata:
itu ~ begitu;

betul-betul
1. benar-benar, sungguh-sungguh:
demokrasi ~ diamalkan di sini;

2. sudah sempurna, cukup, benar-benar:
biarkan air itu mendidih dan ~ masak;
gaulkan ramuan itu sehingga ~ sebati;

3. tepat benar:
dia berdiri ~ di hadapan saya;

4. dengan baik dan sempurna, elok-elok:
sikat rambutmu ~ supaya kelihatan kemas;

berbetul ark
1. membaiki, merapikan (pakaian, sanggul, dan lain-lain):
Tun Tuah pun tersangkut pada tirai paseban itu, lalu ~;

2. sesuai, cocok:
beta hendak pertaruhkan diri beta yang dagang ini kepada anak raja itu, tetapi jikalau sudah ~ pada fikiran nenek;

berbetulan bertepatan (dengan), selaras (dengan), sesuai (dengan):
letakkan mata gergaji itu ~ dengan tebal kayu yang hendak dibelah;

membetuli
1. menujui, mengarahkan, mengenai sasaran:
Panji Semirang pun segeralah mengambil anak panahnya, dikenakan pada ibunya, lalu dibetuli dan dilepaskan;

2. membaiki:
sambil bangun ia ~ kain sarungnya;

membetulkan
1. membaiki (kerosakan, kesalahan, dan lain-lain):
ia ~ duduknya;
~ ejaan yang salah;
~ jam tangannya;

2. membenarkan, menganggap betul:
pembunuh itu ~ segala tuduhan;

kebetulan
1. dengan tidak sengaja, dengan tidak disangka-sangka:
cerita ini berdasarkan pengembaraan dan peristiwa-peristiwa ~;

2. keadaan (kejadian) yang terjadi secara tidak diduga:
ini satu ~ saja;

3. tepat atau kena benar (dengan tidak sengaja), pada ketika yang sama (dengan):
saya ~ ada di sana ketika ia mengucapkan kata-kata itu;

berkebetulan bersamaan masanya (halnya dan lain-lain):
Louis Braille ~ buta sewaktu ia berumur tiga tahun;

pembetulan perihal (perbuatan, kerja, dan sebagainya) membetulkan:
~ kesalahan itu boleh dibuat nanti.

berkongsi